Latest Post

Arab Saudi negara pertama menganugerahkan kerakyatan kepada robot!

sophia robot humanoid dapat kerakyatan

Arab Saudi negara pertama menganugerahkan kerakyatan kepada robot! | Agak sukar sebenarnya seseorang itu untuk mendapatkan taraf kerakyatan sesebuah negara. Pelbagai perkara perlu dilakukan bagi memperolehi status penduduk tetap. Namun lain pula halnya dengan kisah ini dimana arab Saudi secara rasminya telah menganugerahkan 1 robot humanoid status warganegara sekaligus yang pertama seumpamanya di dunia ini.

Robot humanoid yang dicipta oleh Hanson Robotics ini diberi nama Sophia dianugerahkan taraf kerakyatan ketika Future Investment Initiative conference in Saudi Arabia.

Mengenai butiran spesifik kewarganegaraan Sophia tidak dibincangkan dan masih belum jelas mengenai samada dia akan menerima hak yang sama seperti warganegara yang lain atau tidak. Dan ada kebarangkalian juga, arab Saudi akan membangunkan 1 sistem tertentu yang dikhaskan untuk robot.

Membina kepercayaan di antara manusia!

Sophia dikatakan mahu hidup dan bekerja dengan manusia. Dan dia juga perlu menyatakan emosi dan memahami manusia dan membina kepercayaan di antara manusia.


sophia robot humanoid dapat kerakyatan

Robot direka untuk meniru sifat humanistic.


Dicipta oleh Hanson Robotics dan diasaskan oleh David Hanson, Sophia dicipta berdasarkan kepada tiga asas sifat humanistik - kreativiti, empathy dan belas kasihan. Wajah Sophia direka seakan pelakon Audrey Hepburn dengan permukaan kulit robotic menutup kepalanya.

Untuk menjadikan Sophia persis seperti manusia biasa, hanson telah “memasukkan” elemen emosi yang berbeza ke dalam Sophia. Matanya juga boleh berubah warna sebagai tindak balas kepada pencahayaan.

Di sebalik penyebaran berita mengenai robot yang menerima status kerakyatan ini, ramai yang menyatakan kebimbangan mengenai bagaimana kehidupan selepas robot bercampur dengan kehidupan manusia.

Dan apa yang lebih teruk, ada pendapat yang menyatakan bahawa, dunia akan menjadi kucar kacir jika robot yang dibina terlalu banyak dan mungkin juga akan berlaku perkara-perkara yang tidak dingini!

Bagi kami disini, setiap perkara yang dilakukan oleh manusia pasti ada baik dan buruknya. Dan apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Sophia kerana mendapat taraf kerakyatan. Lepas ni kita boleh lah tengok pembantu rumah dari kalangan robot kan? hehehe.

Tiada ulasan