Latest Post

“Dia boleh tahan sampai 5 jam” luahan Dr Amalina Bakri mengenai kekasihnya

Dia boleh tahan sampai 5 jam

“Dia boleh tahan sampai 5 jam” luahan Dr Amalina Bakri mengenai kekasihnya | Masih ingat dengan Dr Amalina Bakri yang mengejutkan Malaysia dengan keputusan cemerlangnya sewaktu peperiksaan SPM dahulu? Beliau kini semakin cantik dan telah bergelar seorang doctor di luar negara. Baru-baru ini, Dr Amalina Bakri telah luahkan kepada pengikutnya yang kekasihnya mampu bertahan sampai 5 jam! Lama juga kan?

Ha, sebelum pemikiran tu jadi makin jauh, yang sebenarnya, Dr Amalina Bakri sedang mengajar kekasihnya untuk berpuasa. Mereka yang tak pernah berpuasa, bila kita ajar berpuasa, memang mencabar sedikitlah kan. Alah, yang dah di ajar dari kecil pun, bila dah besar, pun ada yang tak puasa penuh. Hehehe.

Melalui perkongsian Dr Amalina Bakri, mereka kini sedang dalam percutian di sepanyol. Umat islam di sana perlu berpuasa dalam tempoh waktu yang agak lama iaitu 16 ke 17 jam sehari. Ini adalah kerana, waktu siang di sepanyol agak panjang.

Ramai sebenarnya yang memuji beliau kerana rajin mengajar kekasihnya berpuasa. Kata mereka, biarlah bermula daripada kecil, bila dah terbiasa nanti, tak jadi masalahlah pada dia untuk berpuasa kelak.

Dr Amalina sebelum ini agak merahsiakan kekasihnya namun setelah kerap kali ditanya pengikutnya, akhirnya beliau mendedahkan juga. Walaubagaimana pun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci perihal kekasihnya.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahajalah ye. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Tiada ulasan