“Merotan sebab mahu mengajar anak bersolat” Suami penyanyi terkenal di dakwa di mahkamah!
“Merotan sebab mahu
mengajar anak bersolat” Suami penyanyi terkenal di dakwa di mahkamah! |
Selepas merotan dan menyebabkan lebam pada anaknya, suami kepada penyanyi
terkenal tanahair telah didakwa di mahkamah. Armin Zaharin Ahmad Zambri, suami kepada ziana zain, didakwa di
Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini di atas pertuduhan mencederakan anak
lelakinya pada 25 Februari lalu.
Mengikut pertuduhan, suami kepada penyanyi ini yang kini
tidak bekerja di dakwa telah menyebabkan kecederaan luka dan lebam pada salah
seorang anaknya dengan menggunakan rotan. Dan alasan kenapa dia bertindak
demikian adalah kerana ingin mengajar
anaknya mengaji dan solat.
Saya tak dera anak saya. Saya nak ajar dia mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal. Saya bertanggungjawab terhadap 4 orang anak selain menjaga ibu saya yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital.
Laporan polis telah dibuat oleh ziana sendiri dan pihak
polis telah menahan suaminya bagi membantu siasatan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan
dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta
pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Tiada ulasan