Penantian Datuk Seri Khalid Mohamad selama 18 tahun akhirya berakhir!
Penantian Datuk Seri
Khalid Mohamad selama 18 tahun akhirya berakhir! | Pasti ramai yang teruja
dengan kelahiran Siti Aafiyah kan? Kami disini juga sangat teruja dengan bayi
comel pipi merah ini. Semuanya gara-gara penantian penyanyi no 1 malaysia, Datuk
Seri Siti Nurhaliza selama 11 tahun akhirnya berakhir selepas dikurniakan
seorang bayi perempuan yang sangat comel! Bermula daripada saat kelahiran,
sehingga kepada penyebaran gambar bayinya hinggalah kepada kewujudan puluhan
atau mungkin ratusan akaun media social Siti Aafiyah.
Namun di dalam keterujaan peminat dan Datuk Seri Siti
Nurhaliza sendiri pada bayi sulungnya ini, ada kisah lain yang tidak diketahui
semua orang barangkali. Ianya adalah kisah Penantian Datuk Seri Khalid Mohamad selama
18 tahun! Yang sebenarnya, Datuk Seri Khalid Mohamad sudahpun dikurniakan 4
orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf
dan Muhammad Aazief, hasil perkahwinan terdahulu.
Namun, pastinya, mana-mana pasangan menginginkan anak
perempuankan? Termasuklah Datuk Seri Khalid Mohamad. Dan alhamdulilah, doanya
selama ini telah dikabulkan Allah dengan kurniaan yang sangat istimewa, dengan kelahiran
Siti Aafiyah.
Lucu juga bila mendengar cerita Datuk Seri Khalid Mohamad
yang mana, kerana menginginkan anak perempuan, beliau telah menyediakan 1 bilik
khas untuk anak perempuan di kediamannya di Bukit Antarabangsa.
Ceritanya, memang ada 1 bilik kosong dan memang disediakan
untuk baby girl. Dan setelah lama kosong, baru kinilah ianya boleh digunakan.
Apa pun, setiap ibubapa pastinya menginginkan anak mereka
membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Dan kepada
peminat penyanyi no 1 malaysia ini, anda kini ada “orang baru” dalam kehidupan
anda! Hehehe.
Apa pun, jom kita layan gambar-gambar comel Siti Aafiyah Bte
Khalid ini.
Tiada ulasan