Latest Post

Kesemua mangsa yang terperangkap di dalam gua Berjaya diselamatkan!

terperangkap di dalam gua di Tham Luang, chiang rai Thailand

Kesemua mangsa yang terperangkap di dalam gua Berjaya diselamatkan! | Alhamdulilah, akhirnya kesemua mereka yang terperangkap di dalam gua di Tham Luang, chiang rai Thailand Berjaya di selamatkan. Memang ramai yang mengikuti kes ini bermula daripada pencarian mereka, kemudian membawa kepada penemuan mereka di dalam gua yang dipenuhi air, kemudian dalam usaha membawa mereka keluar. Dan kematian seorang perenang elit dari Thailand dan akhirnya kepada kejayaan membawa kesemua mereka yang terperangkap di dalam gua! Fuh! Mintak-mintaklah ada producer filem yang akan buat filem berpandukan daripada kes ini.

KUALA LUMPUR - Kesemua 12 pemain dan seorang jurulatih daripada pasukan bola sepak remaja Mu Pa (Babi Hutan) yang terperangkap di dalam gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand sejak 23 Jun lalu berjaya diselamatkan.

Baki lima daripada mereka berjaya dikeluarkan daripada gua tersebut hari ini, manakala lapan lagi telah diselamatkan dalam dua operasi yang dilakukan semalam dan kelmarin.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters, mangsa terakhir berjaya dikeluarkan daripada kompleks gua tersebut kira-kira pukul 6.50 petang hari ini.

Pasukan Penyelam Tentera Laut Thailand, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa merupakan satu misi yang telah mencatatkan sejarah baharu dunia.

"Kesemua 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih telah dikeluarkan daripada dan mereka berada dalam keadaan selamat," kata pegawai pasukan berkenaan menerusi akaun rasmi Facebook.

Kesemua mangsa terperangkap di dalam gua tersebut sejak 23 Jun lalu ketika mereka meneroka kompleks gua berkenaan sebagai salah satu daripada sesi latihan pasukan tersebut.

Bagaimanapun, hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan telah menyebabkan kesemuanya terperangkap disebabkan laluan terowong gua yang dilimpahi air.

Mereka berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah kawasan yang terletak beberapa kilometer dari pintu gua berkenaan pada Isnin minggu lepas selepas sepasukan penyelam memasuki gua tersebut dalam operasi mencari dan menyelamat.

Operasi menyeluarkan kesemua mangsa kemudiannya dilancarkan pada Ahad lalu dengan empat mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada hari pertama operasi

Tiada ulasan