Latest Post

BMW HP4 Race kini berada di malaysia!

BMW HP4 Race malaysia

BMW HP4 Race kini berada di malaysia! | Para peminat motosikal berkuasa tinggi pastinya menantikan model superbike jenama BMW, HP4 versi Race yang katanya hanya dikeluarkan sebanyak 750 unit seluruh dunia! Kini, model replica racing bike ini boleh di dapati dipasaran malaysia dengan harga RM520,900! Apa yang menariknya motosikal ini? jom teruskan bacaan anda!

Jentera BMW HP4 Race kini secara rasminya berada dalam pasaran malaysia! Jentera yang dibina khas untuk kegunaan di litar pelumbaan ini sudahpun mula dijual dengan harga RM520,900 sebuah! Dan harga ini belum termasuk insurance dan cukai jalan.

Buat pencipta mesin berkelajuan tinggi dengan spesifikasi perlumbaan, BMW HP4 race adalah pilihan terbaik untuk anda!

Berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai BMW HP4 Race.

  • BMW HP4 Race mampu menghasilkan kuasa 215hp padda 13,900rpm, manakala tork maksimum adalah 120Nm (10,000rpm). Putaran enjin juga ditingkatkan kepada 14,500rpm berbanding 14,200rpm (s1000rr).
  • Rim depan dan belakang menggunakan material berteknologi tinggi yang membolehkan berat motosikal ini berjaya diturunkan 30peratus berbanding rim biasa tanpa mengetepikan aspek kekukuhan komponen.
  • BMW HP4 Race juga didatangkan dengan kotak gear perlumbaan 6-kelajuan!
  • Jumlah keseluruhan berat motosikal ini adalah 171kg bersama isian minyak penuh.
  • Motosikal ini juga dikatakan lebih ringan berbanding mana-mana jentera perlumbaan yang lain yang digunakan di dalam kejohanan Superbike Dunia (WSBK).
  • Frem utama gentian karbon dengan struktur monokok seberat 7.8kg. Frem belakang pula disokong dengan 3 tahap ketinggian boleh laras.
  • Kawalan Traksi Dinamik(DTC) boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • Brek enjin (EBR) juga boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • BMW HP4 Race menggunakan fork terbalik (USD) FGR 300 dan strut gegelung TTX 36 GP dibekalkan oleh pengeluar daripada Sweden,ohlins. Komponen yang sama digunakan pada jentera dalam siri MotoGp & WorldSBK.
  • Dan jentera BMW HP4 Race ini hanya didatangkan dengan skim warna BMW HP Motorsport bagi memberikan penampilan agresif sebuah jentera superbike sebenar!

Tiada ulasan