Sayu. Kisah di sebalik 5 beradik temui ajal selepas makan telur ikan beracun!
Sayu. Kisah di sebalik
5 beradik temui ajal selepas makan telur ikan beracun! | Walaupun kisah ini
dah lama berlaku, tapi bila baca semula kisah ini, rasa sayu sangat. Niat yang
pada awalnya untuk mengenyangkan semua penghuni rumah sewaktu makan tengahari
bertukar menjadi mimpi ngeri. Siapa sangka, hati tamak peniaga yang menipu
telah menyebabkan orang yang tidak berdosa menemui ajal.
Cerita ini terjadi pada tahun 1974 di Melaka. Lama dulu. Dah
43 tahun dah. Kesemua mangsa ketika itu berumur dalam lingkungan 3 hingga 11
tahun. kisahnya bermula bila si ayah ke pasar dan membeli telur ikan kurau
untuk dijadikan menu makan tengahari bersama keluarganya.
Beliau bawa pulang ke rumah dan telur ikan kurau tu di masak
asam pedas. Cukup waktu pulang sekolah, anak-anak en kassim terus makan masakan
itu bersama ayahnya. Hati si ayah sudah pasti gembira melihat anak-anaknya
makan.
Tiba-tiba en kassim rasa kebas pada bahagian lidahnya. Tak menunggu lama, dia terus dapatkan air kelapa muda (yang berada di luar rumah) bagi dijadikan penawar kepada sebarang keracunan makanan. Namun, Allah lebih menyayangi anak-anak en kassim. Kesemua mereka jatuh pengsan dan pergi buat selama-lamanya.
Pasti ramai yang tidak tahu apakah kejadian sebenar. Apakah telur ikan kurau tidak boleh dimakan sehingga boleh membawa maut. Dan cerita sebenar mengenai kisah sedih ini diceritakan semula oleh waris mangsa iaitu adik mangsa yang terselamat.
Pasti ramai yang tidak tahu apakah kejadian sebenar. Apakah telur ikan kurau tidak boleh dimakan sehingga boleh membawa maut. Dan cerita sebenar mengenai kisah sedih ini diceritakan semula oleh waris mangsa iaitu adik mangsa yang terselamat.
Sewaktu kejadian, ada seorang lagi adik lelaki yang berumur 6 bulan
ketika itu. Dialah sahaja anak en kassim yang terselamat. Dan apa yang berlaku
sebenarnya adalah, peniaga yang menjual telur ikan kurau itu telah menipu. Dia bukan
menjual telur ikan kurau sebenar, sebaliknya menjual telur ikan buntal yang
beracun!
Walaupun kisah ini dah lama berlaku, tetapi kesannya
sehingga kini di rasa oleh adik bongsu kepada kesemua mangsa. Dan khabarnya,
dia juga di kurniakan 5 orang anak. Dan telah memberikan nama anak-anaknya
mengikut nama akak dan abangnya yang terkorban kerana rasa sayang dan rindu
yang kuat pada mereka. L
Al-fatihah untuk mangsa telur ikan kurau.
Post Comment
Tiada ulasan