Latest Post

Hebat budak-budak sekarang, darjah 6 siap ada “Prom Night” kat hotel 5 bintang!

prom night budak sekolah rendah

Hebat budak-budak sekarang, darjah 6 siap ada “Prom Night” kat hotel 5 bintang! | Agak memeranjatkan juga kami bila dapat tahu mengenai hal ini. Nampaknya dunia semakin deras! Jika sebelum ini wujud isu mengenai budak sekolah rendah dikatakan lebih “menawan” dan “advance” daripada orang dewasa, kini tersebar pula gambar “Prom Night” budak-budak sekolah rendah!

Ianya sebenarnya tak menjadi isu besar sebabnya ada kolej dan university yang buat prom night ni, tapi bila tengok budak-budak sekolah rendah yang buat, rasa macam wow! Advance betul. Benarlah, dunia sememangnya telah banyak berubah. Tiba-tiba kami teringatkan zaman kami sewaktu lepas ambil UPSR dulu.

Melihat kepada gambar-gambar perkongsian daripada Instagram ni, ramai sebenarnya netizen yang membandingkan zaman sewaktu mereka habis UPSR dulu berbanding anak-anak ini.

prom night budak sekolah rendah

Daripada info yang kami perolehi, makan malam ni bukan biasa-biasa tau, sebaliknya di buat di sebuah hotel bertaraf 5 bintang! Beruntunglah mereka kan? Kami dulu makan tepi padang bola je. Bawa bekal dari rumah, suruh mak isikan dalam bekas, dan makan ramai-ramai. Oh, indahnya waktu itu!

Apa yang lebih memeranjatkan kami adalah, ini bukanlah kali pertama sesebuah sekolah mengadakan makan malam seperti ini. Malah, ianya sudah di anggap sebagai 1 aktiviti tahunan selepas selesai peperiksaan.

prom night budak sekolah rendah

prom night budak sekolah rendah

prom night budak sekolah rendah

Dan daripada banyak-banyak perkongsian yang kami baca di media sosial, ada 1 komen yang menarik hati kami. Ianya adalah komen mengenai perbandingan yang dibuat di antara zaman sekarang dan zaman dahulu.

prom night budak sekolah rendah

Apa pun, pada kami, tiada masalah jika di adakan majlis seperti ini jika hanya sekadar makan-makan. Namun, takut juga jika tidak dikawal, menjadi perkara yang tidak diingini pula. Apa pun, budak-budak sekarang lebih bijak dalam semua perkara kan? Sudah pasti pandai membezakan yang mana baik yang mana buruk.

Cuma kami ada soalan untuk korang:

Zaman korang habis UPSR dulu, apa aktiviti korang ek?

Tiada ulasan