Latest Post

Pelanggan naik angin, bil makan di restoran mamak hampir RM1000 hanya kerana Kari kepala ikan.

kari kepala ikan RM600

Pelanggan naik angin, bil makan di restoran mamak hampir RM1000 hanya kerana Kari kepala ikan | Apa perasaan anda bila terima bil makan yang tertera jumlah hampir RM1000? Mungkin biasa kalau makan di hotel, tetapi kalau makan di gerai biasa atau kedai mamak? Apa reaksi anda? Inilah yang terjadi pada Faudzy Asrafudeen. Gambar resit & cerita mengenai kari kepala ikan viral dalam media sosial baru-baru ini.

Empat mangkuk kari kepala ikan merah je dah RM600! Ini bermakna, 1 mangkuk berharga lebih kurang RM150. Dan jumlah keseluruhan bil makan pada malam itu hampir mencecah RM1000!

Kalau mengikut ceritanya, itu bukan kali pertama dia ke restoran berkenaan. Dan kebiasaannya, harga bagi semangkuk kari kepala ikan adalah di antara RM50 hingga RM80. Dan masih kurang pasti kenapa harga boleh mendadak naik pada malam tersebut.

Dan walaupun dicaj dengan harga yang tinggi, beliau tetap membayarnya dan berkata, tidak akan sesekali kembali makan di restoran tersebut.

Sepatutnya pekerja restoran mamak perlu beritahu dahulu harga sesuatu menu supaya pelangan tak terkejut ketika nak bayar di kaunter.

Dalam ruangan komen di sosial media, ada netizen memberitahu, restoran mamak yang terletak dalam kawasan segi tiga emas di ibu negara tersebut memang terkenal dengan harga yang tidak masuk akal dan tidak munasabah.

kari kepala ikan RM600

Namun ada juga netizen yang komen agar kita terlebih dahulu melihat pada tanda harga apa sahaja menu yang ada di sesebuah restoran agar kita tidak akan terkena seperti hal ini.

Faudzy yang merupakan seorang pengarah pembangunan pasaran di sebuah syarikat bagaimanapun tidak bercadang membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Apa pun, kami nak ingatkan pada semua, agar lihat harga bagi setiap menu sebelum memesan makanan anda. Jika memang bawa wang lebih, memang tiada masalah. Jika tidak? Memang haru biru di buatnya nanti. ok?

Tiada ulasan