Latest Post

Ibu mengandung mesti teringin nak bayi cantik seperti Dhuhaa Sophea kan?

bayi cantik Dhuhaa Sophea

Ibu mengandung mesti teringin nak bayi cantik seperti Dhuhaa Sophea kan? | Terpaku kami bila melihat wajah bayi kacukan Malaysia Russia ni, cantik! Lagi-lagi part mata tu, mengoda! Hehehe. Mulanya macam tak percaya juga, bayi yang diberi nama Dhuhaa Sophea ada darah kacukan malaysia, tapi bila dapat tahu nama ibunya Siti Safuraa, barulah kami percaya.

Dhuhaa Sophea Stumbrys adalah anak kepada Siti Safuraa, berumur 32 tahun dan berasal daripada terenganu. Dan suaminya pula bernama Asadullah Stumbrys, berumur 33 tahun dan berasal daripada Russia. Dan Pasangan ini kini menetap di Sweden.

Cerita bagaimana Dhuhaa Sophea menjadi viral adalah bila Siti Safuraa memuat naik gambar anaknya ke media sosial. (Boleh follow @dhuhaasophea dan @ctsafuraa). Bermula daripada situ, ramai yang mula memberi perhatian kepada bayi cantik ini dan ada yang meminta safuraa agar kerap untuk memuat naik gambar bayinya.


bayi cantik Dhuhaa Sophea


Ada juga yang menghantar mesej kepada safuraa jika dia tidak muat naik gambar Dhuhaa Sophea kerana risau dan ingin tahu keadaan dhuhaa. Ish! Sampai macam tu sekali kan?

Apa yang menariknya pada Dhuhaa Sophea ini adalah pada raut wajahnya yang tak ubah seperti anak patung. Bulu mata yang cantik, kulit muka yang putih dan mata yang bulat! Pasti ramai yang nak cium-cium pipi dia dan tak kurang yang nak cubit-cubit kan?


bayi cantik Dhuhaa Sophea

bayi cantik Dhuhaa Sophea

bayi cantik Dhuhaa Sophea


Apa pun, kami pasti, ramai ibu-ibu yang mengandung akan kerap melihat wajah Baby Dhuhaa Sophea. Mungkin kerana nak anak mereka persis wajah bayi cantik ini. Apa pun, setiap anak itu adalah anugerah yang tidak terhingga daripada yang maha esa kan? Asalkan sempurna dan sihat, syukur alhamdulilah. J

Tiada ulasan