Latest Post

Kanak-kanak lelaki terima 30 jahitan, singki tiba-tiba pecah!


kanak-kanak lelaki terima 30 jahitan singki pecah

Kanak-kanak lelaki terima 30 jahitan, singki tiba-tiba pecah! | Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki menderita kesakitan akibat tercedera ketika mahu membasuh tangan. Singki seramik di sebuah sekolah tadika tiba-tiba pecah dan terkena pada kanak-kanak lelaki ini dan mengakibatkan dia tercedera dan menerima lebih 30 jahitan pada mulut, kaki dan tangan!

Menurut ibu saudara mangsa, anak saudara tidak memanjat singki tetapi ada kemungkinan dia telah di tolak oleh rakan-rakan yang lain ketika ingin membasuh tangan. Namun, mujur anak saudaranya tidak pengsan kerana sewaktu dia tiba di tadika tersebut, kesemua budak-budak sedang menangis seperti terkena hysteria!
Daripada mulut sampailah ke bawah dagu, semua kena jahit. Sampaikan dalam mulut pun kena jahit!
Menakutkan!

kanak-kanak lelaki terima 30 jahitan singki pecah

kanak-kanak lelaki terima 30 jahitan singki pecah

Apa pun, semoga mana-mana tadika atau pusat asuhan kanak-kanak lebih peka kepada perkara ini. semoga ada pemeriksaan yang lengkap dengan semua alatan yang ada termasuklah singki supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Tiada ulasan