Latest Post

9 Pulau Paling Cantik di Dunia

Pulau Paling Cantik di Dunia

9 Pulau Paling Cantik di Dunia | Semua orang pastinya mengimpikan percutian yang indah di pantai. Pasir putih tepi pantai. Ombak laut biru. Indah belaka! Hilang segala masalah bila bercuti ataupun berada di pantai. Kali ini, dalam segmen travel, kami ingin kongsikan dengan korang, 9 pulau paling cantik di dunia. Dan pastinya, pulau-pulau ini menjadi idaman bagi setiap orang dari seluruh pelusuk dunia!


Pulau Paling Cantik di Dunia


#1. Maldives

Maldives adalah rumah bagi beberapa pulau tercantik di dunia. Di sini juga terdapat lokasi percutian tercantik dan di antara termahal di dunia. Kami pasti, ramai di antara korang yang teringin nak datang ke Maldives kan? Lebih-lebih lagi bila tengok kisah percutian pasangan hanis zalikha dan Hairul Azreen kan? hehehe.


Pulau Paling Cantik di Dunia

#2. Bora Bora, French Polynesia.

Pulau bora bora adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Polinesia Perancis. Pulau ini dikelilingi pulau-pulau kecil dan laguna turquoise yang dilindungi oleh terumbu karang. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah aktiviti scuba. Dan untuk pengetahuan korang juga, dekat sini ada sebuah gunung berapi aktif tau. Jadi, jangan terperanjat kalau datang bercuti ke sini dan nampak asap keluar dari gunung. Hehe.


Pulau Paling Cantik di Dunia

#3. Palawan, Philippines.

Pulau Palawan ni adalah pulau terbesar di Filipina. Ada hutan, gunung dan pantai yang memutih. Pulau ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai pulau terbaik di asia tengara pada tahun 2007 dan ke 13 terbaik di dunia! Oleh kerana landskap yang menakjubkan dan kepelbagaian bio yang tinggi, pulau Palawan dikenali sebagai “The Last Ecological Frontier of the Philippines”!


Pulau Paling Cantik di Dunia

#4. Santorini, Greece.

Ini jangan katakan korang, kami pun teringin nak sampai sini! Santorini adalah salah satu pulau Cyclades di Laut Aegean. Pulau asal telah hancur akibat daripada letusan gunung berapi dan membentuk landskap yang sangat menarik. Binaan rumah disini semuanya di cat dengan warna putih dan semuanya di bina mengadap laut. Tapi nak juga beritahu ni, walaupun Santorini ni nampak begitu indah, masih terdapat gunung berapi yang aktif ya di sini. Wooooo.


Pulau Paling Cantik di Dunia

#5. Bali, Indonesia.

Oh, bali Indonesia. Apa lagi yang boleh kami perkatakan tentang pulau yang diantara pulau paling terkenal di dunia ni? Jangan katakan orang luar negara, orang kita pun suka pergi bali kan? Banyak lokasi-lokasi menarik dekat sini dan aktiviti yang boleh kita buat. Daripada aktiviti pantai hinggalah kepada aktiviti darat. Daripada beli belah hinggalah kepada makanan. Hmm, bali, Indonesia. Kami dah plan nak kesana tahun depan. Jadi, tunggu sahaja cerita daripada kami ya! insyaAllah. next!


Pulau Paling Cantik di Dunia

#6. St. Lucia

Saint Lucia adalah sebuah destinasi yang sempurna. Pantai yang indah hinggalah kepada gunung Piton yang megah! Ada air terjun semulajadi, penduduk yang mesra dengan pelancong dan budaya setempat yang pastinya tidak akan mengecewakan kita.


Pulau Paling Cantik di Dunia

#7. Ko Phi Phi, Thailand.

Phi Phi island ni di antara pulau paling terkenal di Thailand. Banyak pengambaran-pengambaran filem hebat dah dibuat dekat sini. Phi Phi island adalah satu-satunya pulau yang berpenghuni dan menawarkan lawatan ke pulau-pulau berdekatannya. Macam biasa kalau bercuti ke pulau, aktiviti yang korang boleh buat adalah snorkeling dan diving! Best woo!


Pulau Paling Cantik di Dunia

#8. Whitsunday Islands, Australia.

Whitsundays terdiri daripada 74 pulau dan terletak di Queensland, Australia. Latar belakang alam semula jadi yang menakjubkan di pantai dan pulau-pulau dihiasi dengan pantai terpencil dan bandar-bandar yang menakjubkan!


Pulau Paling Cantik di Dunia

#9. The Dalmatian Islands, Croatia.

Dalmatia adalah salah satu daripada empat wilayah bersejarah di Croatia. Dalmatia adalah pantai berbentuk meruncing dan terletak di pantai timur Laut Adriatik, yang merentang dari pulau Rab di utara ke Teluk Kotor di selatan. Terdapat banyak boutique hotels dekat sini dan perkampungan yang pelik. Pelik yang macamana, kenalah datang sendiri ke sini ya! J

1 ulasan:

  1. Wah cantiknya.. Nnt mau pigi plipina , bali dgn queensland..hihi

    BalasPadam