9 Pulau Paling Cantik di Dunia
9 Pulau Paling Cantik
di Dunia | Semua orang pastinya mengimpikan percutian yang indah di pantai.
Pasir putih tepi pantai. Ombak laut biru. Indah belaka! Hilang segala masalah
bila bercuti ataupun berada di pantai. Kali ini, dalam segmen travel, kami
ingin kongsikan dengan korang, 9 pulau paling cantik di dunia. Dan pastinya,
pulau-pulau ini menjadi idaman bagi setiap orang dari seluruh pelusuk dunia!
#1. Maldives
Maldives adalah rumah bagi beberapa pulau tercantik di
dunia. Di sini juga terdapat lokasi percutian tercantik dan di antara termahal
di dunia. Kami pasti, ramai di antara korang yang teringin nak datang ke Maldives
kan? Lebih-lebih lagi bila tengok kisah percutian pasangan hanis zalikha dan Hairul
Azreen kan? hehehe.
#2. Bora Bora, French
Polynesia.
Pulau bora bora adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Polinesia
Perancis. Pulau ini dikelilingi pulau-pulau kecil dan laguna turquoise yang
dilindungi oleh terumbu karang. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di
sini adalah aktiviti scuba. Dan untuk pengetahuan korang juga, dekat sini ada
sebuah gunung berapi aktif tau. Jadi, jangan terperanjat kalau datang bercuti
ke sini dan nampak asap keluar dari gunung. Hehe.
#3. Palawan,
Philippines.
Pulau Palawan ni adalah pulau terbesar di Filipina. Ada hutan,
gunung dan pantai yang memutih. Pulau ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai
pulau terbaik di asia tengara pada tahun 2007 dan ke 13 terbaik di dunia! Oleh
kerana landskap yang menakjubkan dan kepelbagaian bio yang tinggi, pulau
Palawan dikenali sebagai “The Last Ecological Frontier of the Philippines”!
#4. Santorini, Greece.
Ini jangan katakan korang, kami pun teringin nak sampai
sini! Santorini adalah salah satu pulau Cyclades di Laut Aegean. Pulau asal
telah hancur akibat daripada letusan gunung berapi dan membentuk landskap yang
sangat menarik. Binaan rumah disini semuanya di cat dengan warna putih dan
semuanya di bina mengadap laut. Tapi nak juga beritahu ni, walaupun Santorini
ni nampak begitu indah, masih terdapat gunung berapi yang aktif ya di sini. Wooooo.
#5. Bali, Indonesia.
Oh, bali Indonesia. Apa lagi yang boleh kami perkatakan
tentang pulau yang diantara pulau paling terkenal di dunia ni? Jangan katakan
orang luar negara, orang kita pun suka pergi bali kan? Banyak lokasi-lokasi
menarik dekat sini dan aktiviti yang boleh kita buat. Daripada aktiviti pantai
hinggalah kepada aktiviti darat. Daripada beli belah hinggalah kepada makanan. Hmm,
bali, Indonesia. Kami dah plan nak kesana tahun depan. Jadi, tunggu sahaja
cerita daripada kami ya! insyaAllah. next!
#6. St. Lucia
Saint Lucia adalah sebuah destinasi yang sempurna. Pantai yang
indah hinggalah kepada gunung Piton yang megah! Ada air terjun semulajadi,
penduduk yang mesra dengan pelancong dan budaya setempat yang pastinya tidak
akan mengecewakan kita.
#7. Ko Phi Phi,
Thailand.
Phi Phi island ni di antara pulau paling terkenal di Thailand.
Banyak pengambaran-pengambaran filem hebat dah dibuat dekat sini. Phi Phi
island adalah satu-satunya pulau yang berpenghuni dan menawarkan lawatan ke
pulau-pulau berdekatannya. Macam biasa kalau bercuti ke pulau, aktiviti yang
korang boleh buat adalah snorkeling dan diving! Best woo!
#8. Whitsunday
Islands, Australia.
Whitsundays terdiri daripada 74 pulau dan terletak di Queensland,
Australia. Latar belakang alam semula jadi yang menakjubkan di pantai dan
pulau-pulau dihiasi dengan pantai terpencil dan bandar-bandar yang menakjubkan!
#9. The Dalmatian
Islands, Croatia.
Dalmatia adalah salah satu daripada empat wilayah bersejarah
di Croatia. Dalmatia adalah pantai berbentuk meruncing dan terletak di pantai
timur Laut Adriatik, yang merentang dari pulau Rab di utara ke Teluk Kotor di
selatan. Terdapat banyak boutique hotels dekat sini dan perkampungan yang
pelik. Pelik yang macamana, kenalah datang sendiri ke sini ya! J
Wah cantiknya.. Nnt mau pigi plipina , bali dgn queensland..hihi
BalasPadam