Latest Post

Tiada lagi gambar “selfie” di tanah haram

tak boleh selfie di tanah suci

Tiada lagi gambar “selfie” di tanah haram | Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini telah mengeluarkan arahan pengharaman bagi aktiviti “Selfie” di tanah haram. Bukan setakat gambar sahaja, malah video juga telah diharamkan di rakam di sana. Penguatkuasaan ini dijalankan di 2 masjid paling suci umat islam iaitu di Masjidil haram dan Masjid nabawi.

Pihak berkuasa menyatakan, langkah ini dibuat bagi melindungi dan mengekalkan kesucian tempat-tempat ibadah ini memandangkan semakin lama, aktiviti “berselfie” ini menjadi semakin teruk dan menganggu Jemaah lain. Ianya juga adalah untuk memberi “ketenangan” kepada Jemaah lain.

Cuba bayangkan, kita sedang solat, tiba-tiba datang 1 kumpulan Jemaah dan mengambil gambar beramai-ramai. Sambil memegang banner dan pelbagai bendera negara. Tak kurang juga ada Jemaah yang tiba-tiba berhenti berjalan dan “berselfie”. Jika ramai yang melakukan aktiviti ini, sudah pasti ianya menganggu.

Tindakan ini telah dikritik kerana di anggap telah terpesong daripada niat sebenar untuk mengerjakan haji dan umrah. Malah ada yang beranggapan, mereka yang datang ke sini bukan hanya untuk beribadah malah hanya untuk bergambar sahaja.

Sekiranya terdapat mana-mana Jemaah yang melanggar arahan ini, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk merampas gambar dan kamera sekiranya perlu.

Mengikut maklum balas daripada Jemaah, ada yang beranggapan pengharaman ini tidak patut dijalankan. Ini adalah kerana, dengan gambar yang diperolehi itulah mereka dapat mengabdikan kenangan mereka ketika berada di tanah suci. Ini mungkin kerana, peluang untuk berada di tanah suci mungkin datang sekali dalam seumur hidup mereka.

Ada juga yang merasakan, pihak berkuasa arab Saudi sepatutnya menghadkan beberapa lokasi sahaja dilarang untuk mengambil gambar dan bukannya mengharamkan semua kawasan.

Apa pun kami disini sangat-sangat berharap agar Jemaah daripada malaysia dapat memberikan kerjasama yang baik di atas larangan terbaru daripada kerajaan arab Saudi ini. Pasti ada sesuatu yang sangat baik daripada perkara ini. semoga ibadah kita semua diterima Allah hendaknya. Tepuk dada, tanya selera ya, nak selfie ke tidak. J

Tiada ulasan