Latest Post

Pelawak terkenal cedera sewaktu pengambaran filem aksi!

zizan razak kemalangan

Pelawak terkenal cedera sewaktu pengambaran filem aksi! | Seorang pelawak terkenal tanahair telah mengalami kecederaan sewaktu sesi pengambaran filem polis evo 2. Zizan razak telah berkongsikan perihal ini melalui akaun instagramnya. 3 keping foto yang memperlihatkan zizan razak terbaring di atas sebuah tilam dan sedang menerima rawatan daripada anggota yang berada di lokasi.

"Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin."

Keadaan zizan razak dikatakan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan. Dia juga meminta agar semua peminatnya mendoakan beliau cepat sembuh dan dapat kembali bekerja dan meneruskan aksi seterusnya dalam filem polis evo 2!

zizan razak kemalangan

Sedikit info mengenai filem evo 2. Ianya adalah filem aksi pertama yang diarahkan oleh Ghaz abu bakar. Ianya dibintangi oleh Shaheizy Sam, pelawak popular Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini dan Amerul Affendy serta ramai lagi.

Filem ini mengisahkan 2 anggota polis yang mempunyai perwatakan berbeza dan tidak suka bekerja bersama tetapi terpaksa bersatu demi untuk menyelesaikan kes jenayah. Filem pertama telah ditayangkan pada 17 september 2015 dan telah mendapat kutipan box office!

Tiada ulasan