Latest Post

Lelaki tawar RM1,540 bagi sesiapa yang menjumpai ayamnya yang hilang.

ayam hutan jalak

Lelaki tawar RM1,540 bagi sesiapa yang menjumpai ayamnya yang hilang | Seorang lelaki daripada singapura telah menawarkan wang tunai berjumlah SGD500 atau RM1,540 buat mereka yang menjumpai ayam jantan kesayangannya yang telah dilaporkan hilang sejak 3 minggu yang lalu.

Pemilik ayam yang diberi nama Chicky, Ang Shao-wen berkata, dia telah menjumpai seekor anak ayam di tepi jalan dan telah membuat keputusan untuk membawanya pulang dan membelanya. Katanya ayam tersebut adalah ayam liar yang terdapat di kawasan Cornwall Gardens.

Chicky tidak dimasukkan ke dalam sangkar sebaliknya dibiarkan bebas di halaman rumah. Dan kebiasaannya ayam tersebut akan pulang ke rumah pada waktu petang apabila di panggil Ang. Chicky biasanya akan tidur di belakang rumah.

Tetapi semenjak 3 minggu lepas, chicky katanya tidak pulang ke rumah walaupun di panggil oleh Ang, dan kerana terlalu lama mencari, Ang telah membuat keputusan untuk menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada sesiapa yang menjumpai ayam ini.

ayam hutan jalak

Ang telah memasang lebih kurang 50 notis mengenai kehilangan chicky dan berharap akan berjumpa semula dengan ayam kesayangannya. Ang juga berkata, chicky adalah ayam yang sangat bijak dan mampu memahami bahasa manusia.

Ang sangat risaukan keadaan chicky kerana chicky membesar bersama manusia dan dia sangat risaukan chicky tidak mampu lari jika ditangkap manusia atau haiwan pemangsa lain.

Ini kalau dekat Malaysia, rasanya ada banyak spesis ayam jalak ni samada yang sudah kacuk ataupun original daripada hutan

Tiada ulasan