Latest Post

Ini yang dikatakan rezeki terpijak. Beli seekor, dapat sedozen!

telur ikan arowana emas

Ini yang dikatakan rezeki terpijak. Beli seekor, dapat sedozen! | Bila bercerita bab rezeki terpijak ni, memang macam-macam cerita kita boleh dengar. Jalan-jalan, tiba-tiba jumpa duit selongok tepi jalan, terus kaya! Tengah tak ada duit, tiba-tiba waktu nak check baki duit dalam ATM, nah, selongok duit dalam bank, terus kaya! Sama halnya dengan kisah seorang lelaki yang membeli seekor ikan arowana emas ni.

Ikan arowana memang terkenal dengan kecantikan dan harga yang sangat mahal lebih-lebih lagi yang berwarna keemasan. Niat seorang lelaki ini yang membeli seekor ikan arowana emas pada awalnya hanya untuk dibela dirumah. Ianya hanya dijadikan hobi namun sebaliknya berlaku.

Arowana emas atau nama saintifiknya scleropages formosus adalah spesis langka yang masih hidup sehingga hari ini. Spesis ini sememangnya menjadi pilihan ramai orang sebagai haiwan hiasan dirumah dan dipercayai membawa tuah  kepada pemiliknya. Dan ini yang terjadi kepada lelaki ini.

Sewaktu membawa pulang ikan arowana emas ini ke rumah, pemiliknya mula merasakan sesuatu perkara yang ganjil kepada ikan nya. Sewaktu melepaskan ikan ini ke dalam akuarium yang besar, ikan ini hanya berenang dan langsung tidak membuka mulutnya.

Pemilik ini mula risau berlaku sesuatu yang tidak baik kepada ikannya kerana kebiasaannya ikan akan membuka mulut untuk bernafas. Dan ini memaksa beliau untuk memeriksa keadaan ikan arowana emas tersebut.

Ini yang dinamakan rezeki terpijak!

Sewaktu membuka mulut ikan arowana emas tersebut, pemilik ikan tersebut menjadi sangat terperanjat kerana terdapat sekumpulan ikan-ikan kecil yang keluar daripada mulut ikan tersebut! Pada mulanya lelaki tersebut terperanjat kerana menyangkakan itu adalah sisa makanan ikan arowana tersebut.


telur ikan arowana emas

telur ikan arowana emas

telur ikan arowana emas

Tetapi selepas mendapat info, barulah dia sedar yang ikan-ikan kecil itu adalah anak ikan arowana emas! Beli seekor dapat sedozen!

Ikan-ikan ini sangat bernilai apabila mereka membesar kelak! Dan harganya sudah pasti berkali ganda daripada harga ikan yang dibelinya.

Sekarang kami berfikir, apa agaknya perasaan pemilik kedai yang menjual ikan arowana emas ni. Mesti rasa menyesal yang tak sudah bila dapat tahu ikan yang dijualnya tu sebenarnya sedang membawa “kekayaan” yang lebih berganda! Hehehe.

1 ulasan: