Latest Post

7 lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

7 lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah | Cuti sekolah tiba lagi dan pastinya ramai ibubapa yang merancang aktiviti bersama dengan anak-anak. Namun, yang sering menjadi masalah adalah dimana lokasi yang sesuai untuk anak anak cuti sekolah ni? Banyak sebenarnya lokasi menarik di malaysia ni cumanya tidak semua sesuai dengan anak-anak. Hari ini kami ingin kongsikan dengan korang semua, 7 lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

#1. Lost World Of Tambun.

Ipoh mali maa. Hehe. Ada apa di ipoh? Banyak sebenarnya tarikan disini dan bila bercerita mengenai lokasi percutian yang sesuai untuk anak-anak dah tentulah lokasi tersebut adalah Lost World Of Tambun!

Selain tarikan tema air, dekat sini juga ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan anak-anak korang dan di antara lokasinya adalah di Movie Animation Park Studio. Lokasi ini merupakan taman tema animasi yang pertama di asia!

Kebanyakkan taman tema di sini bertemakan animasi popular seperti Boboiboy, casper dan pelbagai lagi. Confirm best!

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

#2. Sunway lagoon.

Lokasi taman tema air ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Musim cuti sekolah ni, memang penuh pengunjung yang datang ke sunway lagoon ni. Tambahan lagi, banyak tarikan terbaru yang ada disana. Jadi tak rugi korang bawa keluarga dan anak-anak datang kesini!

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

#3. Legoland.

Jika sampai ke johor, rasa macam tak cukup percutian bersama anak-anak jika tidak singgah ke legoland. Anak-anak pastinya terpukau dan terleka dengan keseronokan ketika berada di sini. Bukan setakat di taman tema sahaja, malah di hotel legoland juga penuh dengan lego.

Jika kita ada angan-angan nak tidur atas wang, anak-anak mungkin rasa bahagia bila tidur bersama mainan! Yeah!!

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

#4. Kidzania.

Lokasi ni memang kami galakkan korang bawa anak-anak korang kerana dekat sini, anak-anak akan didedahkan dengan suasana kerja dalam situasi yang sebenar. Mereka akan diberikan tugas dan perlu melakukannya sama seperti dalam situasi pekerjaan yang sebenar.

Menariknya di sini adalah, setiap kerja yang mereka buat tu, akan dibayar. Maksudnya ada gaji. Duit gaji tu boleh digunakan untuk beli cenderahati di kedai khas yang ada dekat dalam kidzania. Dan kalau duit gaji tu tak habis, ianya boleh di simpan dalam bank khas di sana. Lepas ni kalau datang lagi, boleh keluarkan dan guna. Menarik kan!

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

#5. Zoo Negara.

Tak cukup rasanya lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah jika tidak ke zoo negara. Terdapat lebih kurang 400 lebih spesis haiwan dekat sini. Dan yang menariknya, buat mereka yang lahir pada bulan disember, zoo negara tawarkan kemasukan percuma! Jadi mereka yang lahir bulan disember seronoklah sebab dapat masuk free kan? hehehe.

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

#6. Aquaria KLCC.

Ahha! Kat sini, di Aquaria KLCC ada 1 akuarium terbesar dengan 60,000 kaki persegi yang menempatkan beribu spesis hidupan laut. Ada ikan jerung, ikan pari, penyu dan pelbagai spesis lain. Yang tak ada Cuma ikan paus je! Hahaha.

Dan untuk melihat dengan lebih jelas lagi hidupan laut ni, kita boleh masuk ke dalam terowong underwater tunnel sepanjang 90 meter yang terdapat di aquaria klcc ni.

lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah

#7. Pusat sains negara.

Dan termasuk dalam senarai lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah adalah pusat sains negara. Di sini terdapat pelbagai pameran berkaitan sains, dinasour, haiwan air dan macam-macam lagi yang sesuai untuk anak-anak kita. Dan yang menariknya kali ni adalah, masuk adalah percuma sehingga hujung tahun ini! jadi, jom ramai-ramai ke pusat sains negara!

Tiada ulasan