Latest Post

PDRM senaraikan 30 syarikat pelaburan terlibat penipuan bernilai hampir RM3.8 Billion!

syarikat pelaburan penipu

PDRM senaraikan 30 syarikat pelaburan terlibat penipuan bernilai hampir RM3.8 Billion! | Menakutkan juga bila kami baca berita ni. Tak dinafikan juga, kerana mahukan keuntungan berganda dalam masa yang singkat, ramai daripada kita yang mudah percaya kepada skim-skim yang ditawarkan ini. Bermula daripada perkongsian dalam media sosial, kemudian membawa kepada seminar-seminar dan akhirnya kepada perlaburan yang menjanjikan keuntungan mudah!

Daripada rekod jabatan siasatan jenayah komersial, seramai 974,301 orang telah menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat pelaburan tersebut.

Jumlah yang diberikan tu, sikit lagi nak genap angka 1 juta kan? Cuba bayangkan pula berapakah jumlah kerugian yang ditanggung dan mungkin juga “keuntungan” kepada mereka yang menipu melalui skim ini?

Dan boleh dikatakan, modus operandi setiap syarikat ini sama iaitu dengan menjanjikan imbuhan lumayan hasil daripada pelaburan yang dibuat. Sebagai contoh, dengan hanya perlaburan sebanyak RM3,000, kita bakal bergelar seorang jutawan hanya dalam masa setahun.

Buat mereka yang memandang kepada kekayaan dalam cara yang mudah atau lebih tepatnya, tak perlu buat apa-apa, terus boleh jadi jutawan, sudah pastinya ini adalah jalan terbaik buat mereka!

Tanpa berfikir panjang, terus bersetuju melabur. Dan bila sedar yang mereka sudah tertipu, barulah nak menyesal. Diwaktu ini, tiada gunanya untuk menyesal. Wang simpanan yang dikumpulkan, telahpun lebur ditipu orang.

Oklah, kami kongsikan dengan semua, senarai 30 syarikat yang disenaraikan oleh PDRM dan sedang dalam siasatan:

1. MGSB
2. CAPITAL FOSTER ADVISOR
3. PELABURAN EMAS ROYAL GOLD
4. KONGSI MAKAN
5. RICHWAY
6. MONSPACE
7. MFACE/MBI
8. SAHAM - CENTURY DINASTY
9. BOOKCOIN
10. BIT COIN - AL MUBIN AGARWOOD
11. BIT COIN - BIT KINGDOM
12. MI1 GLOBAL SDN BHD
13. ZG SPACE CITY (M) SDN BHD
14. FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH
15. ROOPERS BURGER
16. PRO VENDING MACHINE
17. SAHAM 500 PLUS
18. KOPI PAK BELALANG
19. NHA STRATEGIC HOLDING BHD
20. DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK
21. YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)
22. PELABURAN SAHAM MYZIA COIN
23. PELABURAN AGR HOLDING
24. FOREX - FXUNITED
25. FOREX - TRIGERFX
26. PELABURAN BITCLUB
27. PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES
28. PELABURAN PTM4U
29. PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES
30. PELABURAN MINES AND METALS

Tiada ulasan