Latest Post

Bank Negara Malaysia keluarkan Duit kertas istimewa RM60 & RM600!

duit kertas RM600

Bank Negara Malaysia keluarkan Duit kertas istimewa RM60 & RM600! | Segalanya kini telah terjawab selepas tersebarnya gambar duit kertas bernilai RM60 & RM600 di media sosial. Kalau dulu, kita pernah ada duit kertas bernilai RM1000, kemudian dihapuskan, kini tersebar lagi ura-ura yang mengatakan, BNM telah mengeluarkan note bernilai RM600 pula. Tengok memang cantik, tapi sayangnya ia hanyalah koleksi khas sempena ulang tahun ke-60 Perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Wang kertas istimewa sempena ulang tahun ke-60 Perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Wang kertas ini dikeluarkan sempena penghormatan kepada raja-raja yang merintis jalan kearah merealisasikan kemerdekaan tanah melayu pada tanggal 31 ogos 1957. Perjanjian yang bertarikh 5 ogos 1957 yang telah mengisytiharkan yang dipertuan agong sebagai ketua tertinggi persekutuan tanah melayu telah ditandatangani antara pihak majlis raja-raja melayu ketika itu.

Spesifikasi wang kertas peringatan ulang tahun ke-60 Perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.:

Bagi mereka yang ingin mendapatkan wang kertas ini, berikut adalah jenis-jenis yang ditawarkan oleh bank negara malaysia (BNM).

Wang kertas bernilai RM600.

Nilai wang kertas ini berjumlah RM600 dan dijual pada nilai RM1700 Sekeping. Wang ini hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

Wang kertas bernilai RM60 (Bercantum 3 dalam 1)

Nilai wang kertas ini berjumlah RM180 dan dijual pada nilai RM500 sekeping. Wang ini juga dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

Wang kertas bernilai RM60.

Nilai wang ini adalah sebanyak RM60 dan dijual pada harga RM120 sekeping. Wang ini dicetak sebanyak 60,000 keping sahaja.

duit kertas RM60


Dan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan wang kertas istimewa sempena ulang tahun ke-60 Perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini, tempahan boleh dibuat mulai hari jumaat, 5 januari 2018. Jika terlalu ramai yang membuat tempahan dan melebihi dari jumlah yang ditawarkan, undian akan dibuat.

Bank negara malaysia juga ada mengeluarkan duit syiling peringatan sempena dengan pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang ke-kelima belas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Tiada ulasan