Latest Post

Tahniah! Pengacara dan pelakon wanita diangkat menjadi pengarah syarikat penerbangan terbang murah terbaik dunia!

neelofa jadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non-Executive Independent Director) AirAsia Bhd

Tahniah! Pengacara dan pelakon wanita diangkat menjadi pengarah syarikat penerbangan terbang murah terbaik dunia! | Kalau dah dinamakan rezeki, dia datang memang dalam pelbagai cara. Inilah yang terjadi kepada Neelofa apabila di lantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non-Executive Independent Director) AirAsia Bhd. Wah! Dari lakonan kepada pengacaraan, kemudian kepada bidang perniagaan, kini neelofa melangkah lebih jauh, ke ruang udara bersama syarikat terbang murah terbaik dunia!

Keputusan untuk melantik Neelofa telah di buat hasil daripada kata sepakat ahli lembaga pengarah.

Mengikut kenyataan daripada CEO AirAsia, neelofa dilantik kerana memenuhi kesemua kriteria yang dicari syarikat penerbangan tersebut. Dan menurutnya lagi, pihak syarikat berasa amat gembira dan mengalu-alukan perlantikannya.

Neelofa dipilih kerana melihat kepada keupayaannya dalam mencipta jenama dan mampu memberikan pendapat serta pandangan baru yang lebih segar kepada syarikat penerbangan Airasia. Dan mereka percaya, neelofa mampu membawa syarikat ini kepada satu tahap yang lebih baik daripada yang terbaik!

Airasia juga menyifatkan neelofa sebagai seorang selebriti yang pintar!

Neelofa merupakan salah seorang usahawan malaysia yang tersenarai di dalam forbes asia menerusi segmen 30 under 30, serta mencatatkan rekod terbaik di dalam bidang perniagaan.

Mengulas mengenai jawatan terbaru yang diterimanya, Neelofa berkata dia amat teruja dengan perlantikan itu dan tidak sabar untuk bersama AirAsia. Dia juga menganggap ini adalah cabaran terbaik yang hadir di dalam hidupnya untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang baru.

Terima kasih kepada Airasia kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya!

Neelofa sebelum itu berjaya membina empayar perniagaan sendiri menerusi jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab. Perniagaan ini berjaya mencatat jualan sebanyak RM200j pada tahun ini dan telah terjual di 37 negara termasuk amerika syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan singapura.

Kami di sini merasakan, mungkin suatu hari nanti, ada edisi istimewa airasia sempena dengan pelantikan ini. Ianya mungkin jenama Naelofar Hijab yang dikenakan pramugari Airasia dan juga pekerja lainnya ataupun Edisi istimewa wajah Neelofa pada pesawat. Mana tahu kan? Hehehe.

Tiada ulasan