Latest Post

10 negara penyimpan Rizab Emas terbesar dunia!

10 negara penyimpan Rizab Emas terbesar dunia

10 negara penyimpan Rizab Emas terbesar dunia! | Logam berharga yang tersangat bernilai ini digunakan sebagai penentu matawang kertas yang digunakan sekarang. Dan kami disini ingin berkongsikan dengan semua, 10 negara penyimpan Rizab Emas terbesar dunia seperti yang dicatatkan World Gold Council's World Official Gold Holdings up sehingga November 2017.

#10. Belanda (612.5 tan)

Belanda berada di tempat ke 10 dengan simpanan sebanyak 612.5 tan emas. Negara ini dalam perancangan untuk memindahkan bullion emasnya daripada simpanan di Pusat simpanan emas Amsterdam ke lokasi baru yang dibina berhampiran Zeist. Stok simpanan emas belanda juga berada di Bank of England, Bank of Canada dan Federal Reserve Bank di Amerika.

#9. Jepun (765.2 tan)

Jepun menyimpan rizab emas lebih 150 tan berbanding belanda. Jepun juga memiliki emas hasil daripada tanah mereka yang dilombong berabad lamanya. Ianya khabarnya masih dilombong sehingga kini dan Jepun kini berusaha untuk mengeksploitasi lagi simpanan tersebut.

#8. Switzerland (1,040 tan)

Majoriti simpanan emas Switzerland di simpan di negaranya dan selebihnya disimpan di Bank of England dan Bank of Canada.

#7. Russia (1,778.9 tan)

Russia berada di tangga ke 7 dengan simpanan emas sebanyak 1778.9 tan. Negara ini khabarnya kini sibuk memperluas rizabnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Russia juga memiliki “billion-dollar gold mining industry”.

#6. China (1,842.6 tan)

China memiliki 1,842.6 tan emas dalam rizabnya. China juga merupakan pengeluar emas terbesar di dunia selepas Australia dan Rusia, dan permintaan tempatan untuk emas telah dirangsang oleh kekayaan kelas pertengahan.

#5. Perancis (2,435.9 tan)

Perancis memiliki 2,435.9 tan emas, dan dilaporkan emas-emas ini diperolehi pada tahun 50-an dan 60-an. Walaupun ada emas mereka di simpan di luar negeri, kebanyakan emas ini jua dikatakan disimpan di dalam peti besi di bawah Banque de France di Paris. Beberapa ratus tan emas Perancis telah dijual pada awal abad ini, tetapi stoknya kekal stabil sejak tahun 2009.

#4. Itali (2,451 tan)

Itali berada di tangga ke empat berbeza sedikit sahaja daripada perancis. Tidak seperti kebanyakan negara, di mana rizab emas dimiliki oleh kerajaan dan dikendalikan oleh bank pusatnya, emas Itali sebenarnya dimiliki oleh Banca d'Italia. Emas ini disimpan di dalam peti besi di Rom dan juga di tanah asing seperti di Swiss National Bank, Federal Reserve Bank di New York dan Bank of England.

#3. Tabung Kewangan Antarabangsa (2,814 tan)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terdiri daripada 189 negara yang berfungsi untuk memupuk kerjasama kewangan global. Apabila ia ditubuhkan pada tahun 1944, ia telah memutuskan bahawa 25% langganan kuota awal dan kenaikan kuota berikutnya akan dibayar dalam emas. Itu kekal sebagai sumber utama sebanyak 2.814 tan emas yang dipegangnya.

#2. Jerman (3,373 tan)

Jerman adalah negara kedua terbesar dunia dalam menyimpan rezab emas. Kebimbangan terhadap emas yang jatuh di bawah kawalan Soviet semasa Perang Dingin membawa kepada stok simpanan yang tersebar di seluruh dunia. Ia dibahagikan antara Bank Rizab Persekutuan di New York, Bank of England dan Banque de France. Baru-baru ini sekurang-kurangnya separuh daripada simpanan ini telah dibawa pulang ke Frankfurt.

#1. Amerika Syarikat (8,133.5 tan)

Amerika Syarikat adalah negara dengan simpanan emas paling banyak di dunia dengan 8133.5 tan emas. Ianya bersamaan dengan simpanan emas Jerman, IMF dan Itali jika digabungkan. Majoriti emas ini disimpan di dalam deposit di seluruh Amerika, seperti di lokasi terkenal Fort Knox.

Tiada ulasan