Latest Post

Masih belum ada tangkapan kes tikam dan langgar sampai mati di taman pelangi Johor Bahru.

kes tikam dan langgar sampai mati di taman pelangi Johor Bahru


Masih belum ada tangkapan kes tikam dan langgar sampai mati di taman pelangi Johor Bahru | Kini tersebar berita mengenai pihak polis telah berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes tikam dan langgar sampai mati di taman pelangi johor bahru. Namun, ianya hanya berita palsu apabila pihak polis dalam 1 kenyataannya menegaskan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Semalam, seorang lelaki maut selepas disyaki di tikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang menaiki kereta BMW, dalam sebuah kejadian di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, taman pelangi johor.

Menurut ketua jabatan siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Azman Ayob, masih belum ada tangkapan di buat setakat ini.

Kenyataan ini dibuat bagi menjawab desas desus mengenai beberapa post di media sosial berhubung suspek kepada kes ini telah ditangkap. Pihak polis juga meminta agar maklumat palsu berhubung tangkapan ini dihentikan dengan segera kerana ianya boleh menganggu siasatan pihak polis.

Dalam kes yang berlaku semalam, mangsa berusia 30 an bersama isterinya, wanita warga asing telah berhenti di stesen minyak untuk mengisi angin pada tayar kenderaan mereka.

Kemudian datang sekumpulan lelaki (yang dipercayai cuba untuk melarikan mangsa) dan berlaku pergelutan. Mangsa kemudiannya ditikam pada bahagian dada kiri dan dilanggar dengan kereta.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat di langgar.

Tiada ulasan