Latest Post

“Ada sebab kenapa kami tak tolong”, Netizen bidas kenyataan Chef Wan berhubung kes tikam dan langgar di Johor Bahru.

kes tikam dan langgar di Johor Bahru

“Ada sebab kenapa kami tak tolong”, Netizen bidas kenyataan Chef Wan berhubung kes tikam dan langgar di Johor Bahru | Nampaknya isu tikam dan gilis sampai mati yang berlaku di johor bahru baru-baru ini masih hangat diperkatakan. Berita terkini, kesemua suspek yang terlibat telah ditahan pihak polis, tahniah! Namun, kenyataan seorang selebriti berhubung orang awam yang hanya memandang kejadian tersebut masih hebat diperkatakan.

Netizen baru-baru ini ada memberitahu, kenapa mereka tak mahu menolong. Bukan kerana mereka saja-saja tak mahu tolong, tapi mereka takut, mereka juga akan terlibat sama di dalam kes tersebut. Atau lebih teruk lagi, mereka juga akan jadi “mangsa”.

Selepas kenyataan dibuat pihak polis, kejadian ini sebenarnya ada melibatkan kongsi gelap. Bayangkan kalau orang awam tolong, tak ke nanti mereka pun akan turut telibat sama?

Menurut info:

  • Pergaduhan ini melibatkan 2 kumpulan kongsi gelap.
  • Mangsa yang terlibat dikatakan memiliki rekod jenayah lampau.
  • Mangsa juga aktif dalam urusniaga dadah.
  • Dikatakan juga, ada yang memberi upah sebanyak RM30,000 bagi mereka yang berjaya bunuh mangsa.
  • Mangsa juga dikatakan ada berhutang sebanyak RM150,000 dan sudahpun selesaikan hutang sebanyak RM100,000.

Jadi, apa yang membimbangkan orang awam ketika itu adalah, kalau mereka ni berani buat macam tu dekat kawasan terbuka, dah pasti mereka ini ada senjata. Orang awam takut, mana tahu kalau mereka keluarkan senjata dan tembak mereka yang masuk campur? Apa pula nasib keluarga mangsa.

Ada pula yang cakap, kalau ada family dekat situ, agak mustahil si isteri akan minta suaminya tolong. Adalah lebih baik dia jaga anak dan isterinya. Kerana mereka ini sudah tentu berbahaya. Dan sanggup buat apa sahaja. Jadi, jalan yang terbaik adalah, tidak masuk campur.

Terdahulu, chef wan dalam kenyataannya telah mengkritik mereka yang berada di lokasi tersebut kerana katanya tiada siapa yang mahu menolong.


kes tikam dan langgar di Johor Bahru

"Sakit hati tengok video yang viral pagi ni, seorang lelaki dibunuh. Apa yang lebih menyedihkan dan kesian adalah tiada siapa pun yang mahu membantu menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Apa akan jadi dengan rakyat Malaysia bila berlaku kekejaman yang tidak bertanggungjawab seperti itu. 

Rakam kejadian itu juga membantu pihak polis. Walaubagaimana pun, untuk kes ini dah terlambat. Jika keluarga kita atau kita sendiri mati katak macam tu bagaimana?

Apa yang terjadi sangat menyedihkan sebab tiada siapa yang ingin membantu. Juga bagaimana seseorang bertindak dalam situasi tersebut tanpa membahayakan diri kita. Saya harap ada yang menelefon pihak polis dengan segera."

1 ulasan:

  1. kalau cef wan kat situ, mungkin dia akan melompat-lompat sambil mengipas-ngipas tangan dan menjerit minta tolong. nak tau bagaimana rupanya?
    sila tengok pergaduhan jupe & depe, jangan sensasikan pasal arwah jupe.
    entah-entah masa terkinja-kinja, dia kena lenggek kereta itu pulak.

    BalasPadam