Latest Post

Peringatan dari mufti perak, HARAM bagi umat islam berkabung dengan lilin

Jong-Hyun bunuh diri
sumber : Astroawani

Peringatan dari mufti perak, HARAM bagi umat islam berkabung dengan lilin | Mungkin kerana terlalu sayangkan artis kesayangan mereka, terdapat lebih kurang 100 peminat Jong-Hyun telah berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dilihat membawa belon dan lilin sebagai simbolik ke atas kematian Jong-Hyun. Perkara ini telah mendapat perhatian Mufti perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

23 Dis - Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan haram kepada orang islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.

"Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?"

"Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan SHINee, Jong-Hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Mereka yang meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat bunuh diri. Peminat yang hadir kebanyakkanya dari kawasan Lembah Klang yang tidak kira bangsa dan agama.

Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan SHInee itu.

Menurut Dr Harussani lagi, banyak lagi aktiviti dan perkara yang berfaedah boleh dilakukan berbanding meratapi pemergian artis yang mati kerana bunuh diri.

Nasihat kami, tidak salah kalau minat seseorang artis itu, Cuma bagi mereka yang beragama islam, perlulah melihat perkara seperti ini dengan lebih mendalam ya! Kadang, dalam kita sedar dan tak sedar, kita dah buat sesuatu yang dilarang islam. Jadi, sentiasalah beringat dalam apa juga perkara yang kita lakukan ya.

Tiada ulasan