Latest Post

Tahniah Aisyah, bawa pulang RM100k, jadi juara Gegar Vaganza (GV4)

juara gegar vaganza 4 (GV4)

Tahniah Aisyah, bawa pulang RM100k, jadi juara Gegar Vaganza (GV4) | Akhirnya terjawab siapakah yang bakal menjadi juara gegar vaganza (GV4) selepas aisyah diumumkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. Aisyah juga turut merangkul Anugerah Vida Vaganza. Beliau yang membawa lagu penyanyi Celine Dion berjudul All By Myself turut memenangi pakej percutian ke Eropah timur! Wah! Bestnya!

Liza hanim pula dinobatkan sebagai pemenang di tempat kedua dengan membawakan lagu Meniti titian usang (search) dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan pakej percutian ke Istanbul, turki.

Dan buat peminat Lan solo, penyanyi yang kini bergerak solo ini berada di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 serta pakej percutian ke Boracay, Filipina. Ha, lagu yang dibawanya adalah daripada kumpulan Nirvana, Smells Like Teen Spirit.

Menariknya lagi, ketiga-tiga pemenang ini juga menerima hadiah berupa sebidang lot tanah banglo! Wah, dapat hadiah wang tunai, dapat pakej percutian luar negara, dapat hadiah lot tanah banglo lagi, patutlah ramai yang nak jadi penyanyi kan? ulps! Hehehe.

Hazami menduduki tempat ke empat, dengan hadiah wang tunai RM20,000. Firman di tempat kelima dan Tia jinbara di tempat keenam. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 & RM10,000.

Persembahan istimewa daripada 2 vokalis exist juga menarik perhatian dengan penampilan Ezad lazim & mamat yang menyampaikan lagu medley masih terserlah Ayumu, Rahsia Pohon Cemara dan langkah seiringan.

Apa pun, kami disini sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Aisyah serta kesemua artis untuk Gegar vaganva 4 (GV4) ini. Keputusan ini pastinya tepat dan telah diadili oleh juri yang sangat berpengalaman. Orait! Jumpa lagi dalam Gegar Vaganza 5 (GV5) J

Tiada ulasan