Hebat Budak Budak Sekolah Sekarang, siap Ada Buku Khas untuk Pickupline!
Hebat Budak Budak Sekolah Sekarang, siap Ada Buku Khas untuk Pickupline! | Apa yang masih korang ingat sewaktu korang berada di
dalam zaman persekolahan dulu? Pernah tak lalui zaman di mana semua orang
berebut nak ada kad nama sendiri. Kad dengan gambar kartun, pemandangan dan
macam-macam lagi, siap ada yang buat bisnes kad nama lagi. Tak kurang juga
dengan buku biodata. Zaman tu kalau nak kenal dengan seseorang, mesti kita
mintak biodata dia. Tak kisahlah samada buku atau kertas. Kan? Ingat tak?
Itu dulu, tak sama dengan budak-budak sekolah sekarang.
Zaman sekarang ni makin advance! Mereka siap ada buku khas yang di penuhi
dengan ayat-ayat manis! Tujuannya untuk apa? Tak lain tak bukan, untuk memikat
hati si dia lah!
Pickupline ni adalah ayat-ayat usikan yang dikenakan kepada
orang lain. Biasanya ayat untuk memikat. Awalnya adalah ayat pancing, kemudian
diikuti dengan ayat memikat. Contohnya seperti ayat ini:
Ayat pancing : “Awak nak tahu tak kenapa saya mati?
Ayat memikat : “Sebab saya mempertahankan cinta saya pada
awak”
Kalau tengok pada ayat tu, fuh! Memang dasyat dik! Tapi sekadar
ayat sahaja lah. Tahu tidak sakitnya mati tu macam mana? Mereka yang dah
bekerja ni pun, rasa separuh mati nak cari rezeki tu keluarga dik. Awak suka-suka
je guna ayat kenapa saya mati? Hahaha.
Tapi ada 1 ayat yang buatkan admin rasa macam nak tergelak
sampai terkucil. Ayat dia berbunyi macam ni:
“Awak tahu tak apa beza awak dengan binatang?”
“Binatang tinggal dekat zoo, awak tinggal dekat hati saya.”
Ini betul buat admin rasa nak gelak sampai terkucil. Kalau dia
guna ayat macam ni dekat admin, memang admin ketuk-ketuk kepala dia. Ada ke
samakan kita dengan binatang! Hahaha. Cubalah guna ayat yang lembut sikit,
contohnya tahu tak kenapa harimau duduk dalam zoo? Ha, kalau dia duduk rumah,
dia ngap kau dik! Hahaha.
Apa pun, memang hebatlah budak-budak sekarang ni. Salute
pada guru-guru zaman sekarang. Bukan mudah nak mendidik anak bangsa kearah
menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Oklah, admin nak
kena roti canai dengan teh tarik dulu sambil nak baca-baca koleksi pickupline
budak sekolah ni. Amboi. Amboi. Amboi!
Tiada ulasan