Polis temui “Air jampi” di lokasi Nur Aina di dera dengan kejam sebelum Meninggal Dunia Oleh Bapa Kandung sendiri!
Polis temui “Air
jampi” di lokasi Nur Aina di dera dengan kejam sebelum Meninggal Dunia Oleh
Bapa Kandung sendiri! | Minggu ini memang padat dan sarat dengan berita
kematian seorang anak syurga yang telah didera dengan sangat kejam dan
meninggal dunia oleh bapa kandung sendiri! pelik! Sangat pelik! Anak syurga ni
bukan meninggal waktu itu, sebaliknya dah lama kejadian ini. Kemana pergi hati
dan perasaan manusia? Orang sekeliling tak ada buat report ke? Kenapa tak
panjangkan ke pihak berkuasa? Itu kami pelik.
Sewaktu pasukan penyiasat datang ke lokasi rumah tempat
tinggal Nur Aina Nabihah Mohammad,
kanak-kanak yang didera kejam yang akhirnya meninggal dunia, pihak polis telah
menemui 1 bekas air yang didakwa mengandungi air jampi!
Polis juga telah menemui barang lain yang dipercayai
digunakan untuk mendera mangsa. Bangku plastic dan tali pingang tentera!
Kesemua barang ini telah di ambil dari rumah sewa tempat
tinggal Nur Aina Nabihah Mohammad bersama
abang, 2 adik tiri serta ibu tiri dan ayahnya. Hairannya kami di sini kenapa
tak dideranya sekali anak tiri dia tu? Kenapa tergamak seorang ayah (tak layak
sebenarnya guna gelaran ini) perlakukan anak sendiri semacam itu?
Air jampi berkenaan dikatakan untuk Nur Aina Nabihah Mohammad kerana bapanya percaya ada sesuatu yang
tidak kena dengan anaknya. Dan air itu adalah untuk mengelakkan masalah
tersebut daripada berlarutan.
Sebelum ini, Nur Aina
Nabihah Mohammad ditemui tidak sedarkan diri oleh ayah dia di kediaman
mereka.
Hasil daripada bedah siasat, anak syurga ini telah mengalami
kecederaan parah pada bahagian hati, pancreas, patah tulang rusuk dan
kecederaan dalaman.
Sehubungan itu, bapa dan ibu tiri mangsa telah di tahan dan
ketika soal siasat, bapa mangsa mengaku telah memukul mangsa dengan tali
pinggang tentera, menendang dan memijak perut anaknya sehingga terkencing.
Kami sehingga kini masih tak boleh terima kenyataan kenapa
seorang ayah sanggup buat macam tu dekat anak sendiri. Kami juga berharap agar
hukuman yang setimpal dikenakan kepada ayahnya atas apa yang telah dilakukan!
Tiada ulasan