“Tiada Arak! Tiada Rokok malahan Vape Juga tiada” – Kata pengacara Majlis pelancaran Tudung Neelofa di Zouk
“Tiada Arak! Tiada
Rokok malahan Vape Juga tiada” – Kata pengacara Majlis pelancaran Tudung
Neelofa di Zouk | Nampaknya isu Pelancaran Tudung Neelofa yang dibuat
baru-baru ini masih hangat diperkatakan. Ianya mendapat respon semua pihak. Daripada
pelancaran tudung hinggalah kepada penari bertudung. Kini, pengacara majlis
tersebut Daphne Iking telah “menjelaskan” situasi sebenar keadaan sewaktu
pelancaran tudung #BELOFABYNH.
Daripada apa yang disampaikan Daphne, dia terasa dipanggil
untuk menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku kerana dia berada disana. Katanya
lagi, pihak neelofa ada mencari lokasi lain untuk majlis tersebut namun
disebabkan beberapa faktor, mereka telah membuat keputusan, kelab tersebut
adalah lokasi terbaik untuk majlis pelancaran tudung terbarunya.
Kata Daphne lagi, tiada sebarang alkohol, rokok malah dia
berkata tiada juga terlihat sesiapa yang menghisap rokok elektronik atau ‘vape’
di majlis tersebut.
Hmm.itu apa yang disampaikan oleh Daphne Iking, bagaimana
pula pendapat anda?
Tiada ulasan