Latest Post

Dikatakan mahukan perhatian, Raja ilya dikecam kerana muat naik gambar pakai sport bra!

Raja ilya dikecam kerana muat naik gambar pakai sport bra

Dikatakan mahukan perhatian, Raja ilya dikecam kerana muat naik gambar pakai sport bra! | Pasti semua mengenali pelakon cantik ini, Raja ilya. Kami pun suka tengok pelakon ni dalam drama gerak khas. Berdarah kacukan, raja ilya di anggap bertuah kerana dikurniakan wajah dan tubuh yang menarik. Baru-baru ini, timbul 1 isu di mana, raja ilya telah memuat naik 1 gambar memakai sport bra! Dah seperti biasalah, selepas sahaja memuat naik gambar tersebut, kecaman demi kecaman di terimanya.

Mungkin dia punya alasannya yang tersendiri, namun pada kami, dalam kehidupan masyarakat di Malaysia, gambar seperti itu memang cukup seksi, lebih-lebih lagi dia cukup dikenali ramai. Artis kan? Apa sahaja yang mereka buat, pasti jadi perhatian ramai.

Tapi tak juga kami nafikan, ramai lagi artis dekat Malaysia ni yang seksi-seksi belaka. Bukan nak kata apa la, bukak jelah Instagram, penuh gambar seksi artis Malaysia. Itu artis, belum kira gadis-gadis atau wanita dekat Malaysia ni lagi.

Ada juga netizen yang beranggapan Raja ilya hanya menginginkan perhatian kerana dikatakan tidak kerap muncul di kaca tv. Dan bila ramai netizen yang berkata mengenainya, nama beliau akan kembali naik. Itu kata mereka lah.

Tapi pada kami, mungkin itulah kehidupan sebenar mereka. Kami tidak menyokong kerana mereka punya hak mereka sendiri. Risau juga, kita bercakap mengenai orang lain tanpa kita sedar kita dah berbuat sesuatu yang tidak baik.

Raja ilya dikecam kerana muat naik gambar pakai sport bra

Bila tengok mereka yang komen dekat gambar raja ilya pakai sport bra tu, bila tengok profile orang tu, mereka pun sama seksi. Kalau pun ada yang pakai tudung, mereka masih memperlihatkan aurat mereka. Jadi apa bezanya? Tetap sama kan?

Apa pun. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Yang baik ditegur, janganlah ambil hati ya. Tak sokong mana-mana Cuma sekadar memperingatkan diri sendiri. Ok? J

Tiada ulasan