Latest Post

Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!

siapa juara piala dunia 2018

Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini! | Piala dunia 2018 russia (Fifa world Cup Russia 2018) dah pun berakhir semalam dengan kemenangan menjadi milik Perancis. Penyokong Croatia tak perlu bersedih kerana pasukan anda mempamirkan persembahan yang sangat hebat! Tapi kami di sini bukanlah nak bercerita pasal game semalam, tetapi nak cerita pasal ganjaran istimewa yang dimenangi Piala dunia 2018 russia (Fifa world Cup Russia 2018). Pernah tak korang tertanya-tanya, berapakah jumlah wang tunai yang dimenangi juara piala dunia ni?

Mungkin tak terlalu teruk kalau kami cakap, ada yang mungkin fikir, pemenang piala dunia ni Cuma menang piala sahaja, macam gambar dekat bawah ni:.

Berapakah jumlah wang tunai yang dimenangi juara piala dunia 2018


Eh, sebenarnya tidak! Mereka bukan setakat menang piala, sebaliknya ada ganjaran wang tunai juga. Sama macam formula 1, motogp dn macam-macam sukan lain.

Orait! Untuk pengetahuan semua, setiap pasukan yang layak masuk ke Piala dunia 2018 russia (Fifa world Cup Russia 2018) bakal memenangi hadiah wang tunai. Baru mula piala dunia tapi dah kalah (orang kata pulang awal) pun menang hadiah wang tunai. Berapa yang mereka menang? Ahha!

Berapakah jumlah wang tunai yang dimenangi juara piala dunia 2018?


Ok. Untuk piala dunia kali ini, hadiah keseluruhan adalah berjumlah $400 juta atau bersamaan lebih kurang RM1600j. Dan ini jumlah keseluruhan. Ianya akan dibahagikan kepada semua pasukan yang bertanding.

Macam yang kami cakap awal tadi, masuk sahaja piala dunia, setiap pasukan yang bersaing di peringkat kumpulan akan dapat lebih kurang $9.5j (lebih kurang RM38j). $8j untuk pasukan manakala $1.5j untuk kos pertandingan.

Kemudian bagi mana-mana negara yang melepasi peringkat kumpulan, tetapi tersingkir dalam 16 terbaik, mereka akan dapat hadiah tambahan sebanyak $4j. Dan jumlah hadiah wang tunai yang mereka menang dalam Piala dunia 2018 russia (Fifa world Cup Russia 2018) kali ini adalah sebanyak $12j (lebih kurang rm48j).

Pasukan yang masuk ke separuh akhir tetapi tewas, mereka akan menang hadiah wang tunai berjumlah $46j. Tempat ketiga $24j manakala tempat ke empat sebanyak $22j. Jumlah hadiah adalah sebanyak RM185j.

Ok. Sekarang kita dah sampai kepada Berapakah jumlah wang tunai yang dimenangi juara piala dunia 2018? Bagi pasukan yang layak ke pentas akhir piala dunia, mereka habuan sebanyak $66j iaitu juara sebanyak $38j dan naib juara sebanyak $28j. Jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM266j! banyak tu!

Kalau melihat kepada hadiah wang tunai yang dimenangi memang Nampak lumayan namun bukan itu yang menjadi keutamaan setiap pasukan. Mereka bermain untuk negara dan “title” juara piala dunia itu sebenarnya lebih mahal daripada semua hadiah yang mereka menang. Bermain dan membawa pasukan menjadi juara piala dunia menjadi 1 detik sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila!

Tiada ulasan