Kesemua mangsa yang terperangkap di dalam gua Berjaya diselamatkan!
Kesemua mangsa yang
terperangkap di dalam gua Berjaya diselamatkan! | Alhamdulilah, akhirnya
kesemua mereka yang terperangkap di dalam gua di Tham Luang, chiang rai Thailand
Berjaya di selamatkan. Memang ramai yang mengikuti kes ini bermula daripada
pencarian mereka, kemudian membawa kepada penemuan mereka di dalam gua yang
dipenuhi air, kemudian dalam usaha membawa mereka keluar. Dan kematian seorang
perenang elit dari Thailand dan akhirnya kepada kejayaan membawa kesemua mereka
yang terperangkap di dalam gua! Fuh! Mintak-mintaklah ada producer filem yang
akan buat filem berpandukan daripada kes ini.
KUALA LUMPUR - Kesemua 12 pemain dan seorang jurulatih
daripada pasukan bola sepak remaja Mu Pa (Babi Hutan) yang terperangkap di
dalam gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand sejak 23 Jun lalu
berjaya diselamatkan.
Baki lima daripada mereka berjaya dikeluarkan daripada gua
tersebut hari ini, manakala lapan lagi telah diselamatkan dalam dua operasi
yang dilakukan semalam dan kelmarin.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters, mangsa
terakhir berjaya dikeluarkan daripada kompleks gua tersebut kira-kira pukul
6.50 petang hari ini.
Pasukan Penyelam Tentera Laut Thailand, operasi mencari dan
menyelamat kesemua mangsa merupakan satu misi yang telah mencatatkan sejarah
baharu dunia.
"Kesemua 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih telah
dikeluarkan daripada dan mereka berada dalam keadaan selamat," kata
pegawai pasukan berkenaan menerusi akaun rasmi Facebook.
Kesemua mangsa terperangkap di dalam gua tersebut sejak 23
Jun lalu ketika mereka meneroka kompleks gua berkenaan sebagai salah satu
daripada sesi latihan pasukan tersebut.
Bagaimanapun, hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan
telah menyebabkan kesemuanya terperangkap disebabkan laluan terowong gua yang
dilimpahi air.
Mereka berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah
kawasan yang terletak beberapa kilometer dari pintu gua berkenaan pada Isnin
minggu lepas selepas sepasukan penyelam memasuki gua tersebut dalam operasi
mencari dan menyelamat.
Operasi menyeluarkan kesemua mangsa kemudiannya dilancarkan
pada Ahad lalu dengan empat mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada hari
pertama operasi
Post Comment
Tiada ulasan