Latest Post

“Merotan sebab mahu mengajar anak bersolat” Suami penyanyi terkenal di dakwa di mahkamah!

suami penyanyi terkenal di dakwa

“Merotan sebab mahu mengajar anak bersolat” Suami penyanyi terkenal di dakwa di mahkamah! | Selepas merotan dan menyebabkan lebam pada anaknya, suami kepada penyanyi terkenal tanahair telah didakwa di mahkamah. Armin Zaharin Ahmad Zambri, suami kepada ziana zain, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini di atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, suami kepada penyanyi ini yang kini tidak bekerja di dakwa telah menyebabkan kecederaan luka dan lebam pada salah seorang anaknya dengan menggunakan rotan. Dan alasan kenapa dia bertindak demikian adalah kerana ingin mengajar anaknya mengaji dan solat.

Saya tak dera anak saya. Saya nak ajar dia mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal. Saya bertanggungjawab terhadap 4 orang anak selain menjaga ibu saya yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital.

Laporan polis telah dibuat oleh ziana sendiri dan pihak polis telah menahan suaminya bagi membantu siasatan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Tiada ulasan