Latest Post

Jumlah sebenar kutipan filem Badang selepas 2 minggu di tayangkan

Jumlah sebenar kutipan filem Badang

Jumlah sebenar kutipan filem Badang selepas 2 minggu di tayangkan | Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapakah jumlah kutipan filem badang kan? Memang tak dinafikan, filem ini mendapat perhatian ramai pihak selepas pelakon utamanya mengeluarkan pelbagai komen dan video berkenaan filem badang ini. Kiranya daripada orang tak tahu terus nak ambil tahu la. Tapi itu semua bukan lagi menjadi perhatian selepas ramai yang tertanya-tanya, berapakah Jumlah sebenar kutipan filem Badang selepas 2 minggu di tayangkan.

Oklah. Menurut laman web Finas, filem adiwira Badang arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen, hanya mampu mengutip RM74,148.67 sahaja selepas 2 minggu ditayangkan.

Dengan kos RM2.2j, kutipan sebanyak itu sememangnya adalah sesuatu yang sangat mengecewakan! Ini adalah kerana harapan mereka adalah untuk menjadikan filem badang ini adalah filem no 1 malaysia selain ingin melakar sejarah pecah panggung malaysia!

Namun apa yang menarik perhatian kami adalah, respon balas penonton yang dikumpulkan Internet Movie database mencatatkan penilaian hanya 1/10! Satu jumlah yang terlalu kecil pada kami! Banyak komen yang meluahkan rasa kecewa mereka pada filem ini.

Ini tidak termasuk luahan pelakon-pelakon malaysia berkenaan filem ini. Ahh, terlalu banyak komen, pasti ada yang tidak kena kan?

Apa pun, pasti ada kebaikan daripada semua ini. Kami disini lebih suka melihat sesuatu yang positif daripada semua yang negative. Pasti ada pengajaran yang ingin disampaikan. Kalau tidak pada dewasa, pasti ada kanak-kanak yang menyukai filem badang ini. Apa pun, belajar daripada kesilapan dan lakukan yang lebih baik selepas ini, ok?

Tiada ulasan