Latest Post

“Tiada Arak! Tiada Rokok malahan Vape Juga tiada” – Kata pengacara Majlis pelancaran Tudung Neelofa di Zouk


“Tiada Arak! Tiada Rokok malahan Vape Juga tiada” – Kata pengacara Majlis pelancaran Tudung Neelofa di Zouk | Nampaknya isu Pelancaran Tudung Neelofa yang dibuat baru-baru ini masih hangat diperkatakan. Ianya mendapat respon semua pihak. Daripada pelancaran tudung hinggalah kepada penari bertudung. Kini, pengacara majlis tersebut Daphne Iking telah “menjelaskan” situasi sebenar keadaan sewaktu pelancaran tudung #BELOFABYNH.

Daripada apa yang disampaikan Daphne, dia terasa dipanggil untuk menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku kerana dia berada disana. Katanya lagi, pihak neelofa ada mencari lokasi lain untuk majlis tersebut namun disebabkan beberapa faktor, mereka telah membuat keputusan, kelab tersebut adalah lokasi terbaik untuk majlis pelancaran tudung terbarunya.

pelancaran tudung neelofa BELOFABYNH

Kata Daphne lagi, tiada sebarang alkohol, rokok malah dia berkata tiada juga terlihat sesiapa yang menghisap rokok elektronik atau ‘vape’ di majlis tersebut.


Hmm.itu apa yang disampaikan oleh Daphne Iking, bagaimana pula pendapat anda?

Tiada ulasan