Latest Post

Polis temui “Air jampi” di lokasi Nur Aina di dera dengan kejam sebelum Meninggal Dunia Oleh Bapa Kandung sendiri!

Polis temui “Air jampi” di lokasi Nur Aina di dera dengan kejam sebelum Meninggal Dunia

Polis temui “Air jampi” di lokasi Nur Aina di dera dengan kejam sebelum Meninggal Dunia Oleh Bapa Kandung sendiri! | Minggu ini memang padat dan sarat dengan berita kematian seorang anak syurga yang telah didera dengan sangat kejam dan meninggal dunia oleh bapa kandung sendiri! pelik! Sangat pelik! Anak syurga ni bukan meninggal waktu itu, sebaliknya dah lama kejadian ini. Kemana pergi hati dan perasaan manusia? Orang sekeliling tak ada buat report ke? Kenapa tak panjangkan ke pihak berkuasa? Itu kami pelik.

Sewaktu pasukan penyiasat datang ke lokasi rumah tempat tinggal Nur Aina Nabihah Mohammad, kanak-kanak yang didera kejam yang akhirnya meninggal dunia, pihak polis telah menemui 1 bekas air yang didakwa mengandungi air jampi!

Polis juga telah menemui barang lain yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa. Bangku plastic dan tali pingang tentera!

Kesemua barang ini telah di ambil dari rumah sewa tempat tinggal Nur Aina Nabihah Mohammad bersama abang, 2 adik tiri serta ibu tiri dan ayahnya. Hairannya kami di sini kenapa tak dideranya sekali anak tiri dia tu? Kenapa tergamak seorang ayah (tak layak sebenarnya guna gelaran ini) perlakukan anak sendiri semacam itu?

Air jampi berkenaan dikatakan untuk Nur Aina Nabihah Mohammad kerana bapanya percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Dan air itu adalah untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berlarutan.

Sebelum ini, Nur Aina Nabihah Mohammad ditemui tidak sedarkan diri oleh ayah dia di kediaman mereka.

Hasil daripada bedah siasat, anak syurga ini telah mengalami kecederaan parah pada bahagian hati, pancreas, patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman.

Sehubungan itu, bapa dan ibu tiri mangsa telah di tahan dan ketika soal siasat, bapa mangsa mengaku telah memukul mangsa dengan tali pinggang tentera, menendang dan memijak perut anaknya sehingga terkencing.

Kami sehingga kini masih tak boleh terima kenyataan kenapa seorang ayah sanggup buat macam tu dekat anak sendiri. Kami juga berharap agar hukuman yang setimpal dikenakan kepada ayahnya atas apa yang telah dilakukan!

Tiada ulasan