Latest Post

Tikam kekasih hingga mati kemudian bawa ke balai polis! Dunia semakin gila!

Tikam kekasih hingga mati

Sumber : Mymetro

Tikam kekasih hingga mati kemudian bawa ke balai polis! Dunia semakin gila! | Dunia betul dah semakin gila! Terbaru, seorang lelaki telah datang ke balai polis damansara bersama-sama dengan mayat kekasih yang telah dibunuhnya!

Berumur 37 tahun, lelaki tersebut memandu kereta honda city, warna putih datang sekitar jam 4 petang bersama-sama mayat kekasihnya yang berumur 35 tahun yang berada di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Lelaki tersebut kemudian masuk ke dalam balai polis dan memberitahu beliau ingin menyerah diri. Kami ada berfikir, mesti pihak polis bertanya, nak menyerah diri untuk apa? kemudian lelaki ini pun menjawab, sebab saya dah bunuh kekasih saya. Mesti pihak polis terperanjatkan? (eh! Ini Cuma bayangan kami ya! tak tahu pun situasi sebenarnya waktu itu)

Dalam soal siasat polis, lelaki tersebut telah membunuh mangsa di dalam kereta ketika berada di dalam kawasan pusat beli belah di kota damansara! Dan waktu kejadian dilakukan adalah sekitar jam 1330.

Pemeriksaan polis ke atas mayat mangsa, telah menemui kesan tikaman pada bahagian leher dan dipercayai ditikam dengan benda tajam.

Suspek dan mangsa bekerja di sebuah kondominium di kota damansara. Dan motif utama pembunuhan adalah kerana cemburu! Nampak tak? cemburu punya pasal, nyawa boleh melayang! Ini samalah dengan kes, kerana mulut badan binasa!

Tiada ulasan