Latest Post

Ayah terleka kerana tertidur, anak hampir menemui maut merangkak di jalan raya

bayi merangkak atas jalanraya

Ayah terleka kerana tertidur, anak hampir menemui maut merangkak di jalanraya | Agak menyeramkan juga kejadian ini. Ianya berlaku di Thailand dan dikongsikan seorang lelaki dalam laman media sosialnya. Lelaki ini telah memuat naik gambar seorang bayi sedang merangkak di tengah-tengah jalanraya!

Lelaki tersebut yang juga seorang guru berkata, dia melihat bayi tersebut ketika sedang melalui jalan raya di Uthani Thani ketika dalam perjalanan ke sekolah Banmai Klong Angwa yang terletak di daerah Ban Rai.

bayi merangkak atas jalanraya

Dia yang menyedari bayi tersebut kemudiannya membawa ke rumah berdekatan. Menurutnya, ibu kepada bayi tersebut tiada di rumah manakala ayahnya sedang nyenyak tidur! Dan mungkin kerana marah, dia telah kongsikan gambar tersebut dalam media sosial bagi tujuan kesedaran!

Gambar bayi yang sedang merangkak di tengah jalanraya tersebut mendapat lebih daripada 7000 share kurang daripada masa 24 jam.

Guru tersebut juga tidak dapat bayangkan bagaimana jika ada kenderaan yang sedang bergerak laju dan tidak perasan bayi tersebut berada di atas jalan raya. Sudah pasti akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini!

bayi merangkak atas jalanraya

Tiada ulasan