Latest Post

Hebat Budak Budak Sekolah Sekarang, siap Ada Buku Khas untuk Pickupline!

Koleksi Khas buku pickupline budak-budak sekolah

Hebat Budak Budak Sekolah Sekarang, siap Ada Buku Khas untuk Pickupline! | Apa yang masih korang ingat sewaktu korang berada di dalam zaman persekolahan dulu? Pernah tak lalui zaman di mana semua orang berebut nak ada kad nama sendiri. Kad dengan gambar kartun, pemandangan dan macam-macam lagi, siap ada yang buat bisnes kad nama lagi. Tak kurang juga dengan buku biodata. Zaman tu kalau nak kenal dengan seseorang, mesti kita mintak biodata dia. Tak kisahlah samada buku atau kertas. Kan? Ingat tak?

Itu dulu, tak sama dengan budak-budak sekolah sekarang. Zaman sekarang ni makin advance! Mereka siap ada buku khas yang di penuhi dengan ayat-ayat manis! Tujuannya untuk apa? Tak lain tak bukan, untuk memikat hati si dia lah!

Koleksi Khas buku pickupline budak-budak sekolah

Pickupline ni adalah ayat-ayat usikan yang dikenakan kepada orang lain. Biasanya ayat untuk memikat. Awalnya adalah ayat pancing, kemudian diikuti dengan ayat memikat. Contohnya seperti ayat ini:

Ayat pancing : “Awak nak tahu tak kenapa saya mati?

Ayat memikat : “Sebab saya mempertahankan cinta saya pada awak

Kalau tengok pada ayat tu, fuh! Memang dasyat dik! Tapi sekadar ayat sahaja lah. Tahu tidak sakitnya mati tu macam mana? Mereka yang dah bekerja ni pun, rasa separuh mati nak cari rezeki tu keluarga dik. Awak suka-suka je guna ayat kenapa saya mati? Hahaha.

Koleksi Khas buku pickupline budak-budak sekolah

Tapi ada 1 ayat yang buatkan admin rasa macam nak tergelak sampai terkucil. Ayat dia berbunyi macam ni:

“Awak tahu tak apa beza awak dengan binatang?”

“Binatang tinggal dekat zoo, awak tinggal dekat hati saya.”

Ini betul buat admin rasa nak gelak sampai terkucil. Kalau dia guna ayat macam ni dekat admin, memang admin ketuk-ketuk kepala dia. Ada ke samakan kita dengan binatang! Hahaha. Cubalah guna ayat yang lembut sikit, contohnya tahu tak kenapa harimau duduk dalam zoo? Ha, kalau dia duduk rumah, dia ngap kau dik! Hahaha.

Apa pun, memang hebatlah budak-budak sekarang ni. Salute pada guru-guru zaman sekarang. Bukan mudah nak mendidik anak bangsa kearah menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Oklah, admin nak kena roti canai dengan teh tarik dulu sambil nak baca-baca koleksi pickupline budak sekolah ni. Amboi. Amboi. Amboi!

Tiada ulasan