Latest Post

Doktor dedahkan bahaya minum air putih terlalu banyak

bahaya banyak minum air putih

Doktor dedahkan bahaya minum air putih terlalu banyak | Mesti ramai daripada kita yang berpendapat, bahawa minum air putih dengan kuantiti yang banyak tidak menjadi masalah berbanding minum air bergula. Sangkaan anda sebelum ini ternyata salah kerana mengambil air dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan anda diserang sawan!

Menurut perkongsian seorang doktor, pengambilan air putih yang berlebihan akan menyebabkan sel badan membengkak. Dan boleh menjadi lebih buruk yang mana akan mengakibatkan kesan teruk pada otak dan menyebabkan koma atau sawan.

Sebenarnya perkara ini mudah. Minum air ketika dahaga dan bersederhanalah.

Menurut perkongsian doktor ini, pengambilan air adalah mengikut pada aktiviti seharian kita. Jika kita ada buat aktiviti bersukan, atau berkerja di bawah panas terik, atau demam barangkali, pengambilan air putih pastinya menjadi lebih daripada biasa (dan kena juga tahu, makanan yang kita ambil juga mengandungi air).

Kenapa bahaya minum air terlalu banyak?

Kena faham, lain orang lain penerimaannya. Ada orang minum air terlalu banyak pun tiada masalah. Ada orang, minum air lebih sikit je, jadi lain macam. Apa pun, kena faham ni:

bahaya banyak minum air putih

Bila badan terlebih sangat air, air akan menyebabkan sel badan membengkak. Ia juga berlaku di dalam otak kita; jadi menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Kondisi ini dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional), biasanya bila bacaan darah sodium terlampau rendah (normal antara 135-145 bergantung kepada makmal).

Keadaan ini juga boleh berlaku bila ada kegagalan buah pinggang, hati & lemah jantung. Sebab itu Doktor mohon kurangkan pengambilan kuantiti air.

Jadi, nasihat kami, bersederhanalah. Tak perlu ikut orang. Ada orang minum air 10L sehari pun tiada masalah. Itu mungkin pada dia tetapi tidak pada kita. Dan atas alasan itu, maka bersederhanalah ye. Mencegah lebih baik daripada kita dah tahu tapi tetap juga buat. Ok?

Tiada ulasan