Latest Post

Gambar-gambar Bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar

Gambar-gambar Bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar

PETALING JAYA: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Sehingga kini, asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Pada masa ini, kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tiada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran dan sehingga kini juga belum ada lagi laporan jika terdapat mangsa yang tercedera atau terperangkap akibat kebakaran itu.

Sebanyak lapan jentera bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran di bangunan berkenaan.

Sehingga kini, usaha memadam dilakukan kira-kira 43 anggota dan pegawai JBPM dari Balai Bomba Damansara, Balai Bomba Pelabuhan Klang, Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pantai.

Menerusi maklumat awal yang diterima, sebanyak 40 peratus kawasan bangunan enam tingkat itu terbakar dan api masih belum berjaya dipadamkan.


Gambar-gambar Bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar

Gambar-gambar Bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar

Gambar-gambar Bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar

Tiada ulasan