Latest Post

Penantian Datuk Seri Khalid Mohamad selama 18 tahun akhirya berakhir!

Siti Aafiyah Bte Khalid

Penantian Datuk Seri Khalid Mohamad selama 18 tahun akhirya berakhir! | Pasti ramai yang teruja dengan kelahiran Siti Aafiyah kan? Kami disini juga sangat teruja dengan bayi comel pipi merah ini. Semuanya gara-gara penantian penyanyi no 1 malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza selama 11 tahun akhirnya berakhir selepas dikurniakan seorang bayi perempuan yang sangat comel! Bermula daripada saat kelahiran, sehingga kepada penyebaran gambar bayinya hinggalah kepada kewujudan puluhan atau mungkin ratusan akaun media social Siti Aafiyah.

Namun di dalam keterujaan peminat dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri pada bayi sulungnya ini, ada kisah lain yang tidak diketahui semua orang barangkali. Ianya adalah kisah Penantian Datuk Seri Khalid Mohamad selama 18 tahun! Yang sebenarnya, Datuk Seri Khalid Mohamad sudahpun dikurniakan 4 orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, hasil perkahwinan terdahulu.

Namun, pastinya, mana-mana pasangan menginginkan anak perempuankan? Termasuklah Datuk Seri Khalid Mohamad. Dan alhamdulilah, doanya selama ini telah dikabulkan Allah dengan kurniaan yang sangat istimewa, dengan kelahiran Siti Aafiyah.

Lucu juga bila mendengar cerita Datuk Seri Khalid Mohamad yang mana, kerana menginginkan anak perempuan, beliau telah menyediakan 1 bilik khas untuk anak perempuan di kediamannya di Bukit Antarabangsa.

Ceritanya, memang ada 1 bilik kosong dan memang disediakan untuk baby girl. Dan setelah lama kosong, baru kinilah ianya boleh digunakan.

Apa pun, setiap ibubapa pastinya menginginkan anak mereka membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Dan kepada peminat penyanyi no 1 malaysia ini, anda kini ada “orang baru” dalam kehidupan anda! Hehehe.

Apa pun, jom kita layan gambar-gambar comel Siti Aafiyah Bte Khalid ini.

Siti Aafiyah Bte Khalid

Siti Aafiyah Bte Khalid

Siti Aafiyah Bte Khalid

Tiada ulasan