10 lokasi tercantik dan wajib kunjung jika bercuti ke New Zealand.
10 lokasi tercantik
dan wajib kunjung jika bercuti ke New Zealand | New Zealand merupakan salah
satu daripada lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong daripada seluruh
dunia termasuklah malaysia. Bentuk muka bumi nya yang bergunung ganang dan pemandangan yang cukup indah sangat sesuai
buat pencinta alam semulajadi. Kami kongsikan dengan korang yang sedang merancang
percutian ke sana, 10 lokasi tercantik
dan wajib kunjung jika bercuti ke New Zealand!
#1. Hobbiton.
Pernah tengok filem Lord of the ring? Nak rasa macamana
suasana perkampungan hobbit? Korang boleh datang ke sini, hobbitton! Disinilah pergambaran
filem lagenda sepanjang zaman dan rasa macam tak sempurna kunjungan korang ke
new Zealand kalau tak singgah ke kampung hobbit ni.
Lokasi ini terletak di sebuah ladang kira-kira 8 kilometer barat
Hinuera dan 10 kilometer barat daya Matamata, di Waikato, New Zealand.
#2. Waitomo Glowworm
caves.
Ok. kalau dekat negara kita, kita ada Gua Niah, di new Zealand,
mereka ada gua Waitomo Glowworm! Terletak di waitomo, sebuah pulau di utara new
Zealand. Antara tarikan menarik di sini adalah ada spesis haiwan (seperti
cacing) yang bercahaya yang hanya boleh ditemui di new Zealand. Ibarat macam
kita tengok kelip-kelip la. Hehehe.
#3. Queenstown.
Merupakan salah sebuah bandar di new Zealand dan terletak di
tepi Tasik Wakatipu. Bandar ini dikelilingi gunung ganang yang cukup cantik! Dan
korang boleh buat macam-macam aktiviti dekat sini. Nak beli souvenir kat
member-member pun boleh tapi harganya agak keras sedikit! Hehehe.
#4. Fox glacier.
Lokasi ini terletak di Taman Negara Westland Tai Poutini di
Pantai Barat Pulau Selatan New Zealand. Fox glacier ni adalah salah satu
glasier di dunia yang boleh diakses. Lokasi ini merupakan di antara salah satu
tarikan utama pelancong dan di anggarkan kira-kira 1000 orang melawat lokasi
ini setiap hari!
#5. Huka falls.
Huka falls adalah air terjun di sungai Waikato dan mengalir
ke tasik taupo. Berukuran 11 meter dan merupakan tarikan semulajadi yang paling
banyak dilawati dan difotokan di new Zealand. Kelajuan air yang mengalir dekat
sini mencapai 220,000 liter sesaat dan mampu mengisi 1 kolam bersaiz olimpik
hanya dalam masa 11 saat! Jadi, kena sentiasa berhati-hatilah. Kalau terjatuh
dalam sungai tu, ish!
#6. Lake tekapo.
Tasik Tekapo terletak kira-kira tiga jam memandu dari barat
daya Christchurch di Lembangan Mackenzie. Terjadi 1 fenomena mistik yang
menyebabkan air di tasik ini berubah menjadi biru! Dekat area sini juga
terdapat banyak pokok bunga yang sangat cantik sepanjang musim panas di new Zealand.
#7. Milford sound.
Milford Sound terletak di barat daya Pulau Selatan New
Zealand. Lokasi ini sangat terkenal dengan Peak Miter yang menjulang tinggi,
ditambah dengan hutan hujan dan air terjun seperti Stirling dan Bowen. Pemandangan
dekat sini memang cantik dalam apa juga keadaan cuaca. Tapi yang paling cantik
bila waktu hujan! Beruntunglah kalau korang datang sini waktu hujan turun. Hehehe.
#8. Mount cook.
Mount Cook adalah gunung tertinggi di New Zealand, dengan
ketinggian 3.754 meter. Lokasi ini hanya terletak 44kilometer daripada pantai. Dan
cuaca di sini boleh berubah dalam sekelip mata walaupun ketika musim panas. Walaubagaimana
pun, lokasi ini sangat menarik untuk dilawati. Ada banyak jalan-jalan yang
tersedia yang boleh kita lalu untuk menikmati pemandangan dekat sini.
#9. Moeraki boulders.
Daripada kawasan pergunungan, kita beralih ke pantai pula. Moeraki
Boulders adalah kumpulan "batu" sfera yang sangat besar di Pantai
Koekohe dekat Moeraki. . Batu-batu ini sebenarnya adalah konkrit yang dihakis
oleh air ombak dari tebing pantai dan kembali semula ke pantai. Batu-batu ini
menjadi salah satu tarikan yang paling menarik dan popular di Pulau Selatan.
#10. Franz josef
glacier.
Glacier Franz Josef mula-mula diterokai pada tahun 1865 oleh
ahli geologi Julius von Haast, yang menamakannya selepas maharaja Austria.
Glacier ini terletak lima kilometer dari bandar dengan nama yang sama. Pengembaran
udara (menggunakan helicopter) sangat popular disini. Terdapat banyak tarikan
menarik di sini antaranya hutan hujan, air terjun dan tasik.
Tiada ulasan