Peminat ingin tahu apa itu Limfoma selepas Elyana umumkan menghidapi kanser tahap 4!
Peminat ingin tahu
apa itu Limfoma selepas Elyana umumkan menghidapi kanser tahap 4! | Selepas
sahaja tersingkir daripada Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana telah memberitahu
bahawa beliau menghidapi kanser limfoma tahap 4 dan tentunya berita ini sangat
mengejutkan semua pihak. Ini menjawab persoalan peminat-peminat elyana yang
mana, baru-baru ini pelakon dan penyanyi ini telah memuat naik 1 gambar set lengkap
pengurusan jenazah di instagramnya.
Persoalan sekarang, apakah itu limfoma?
Bagi mereka yang mengalami tanda-tanda seperti kerap berpeluh pada waktu malam, demam, berat badan turun mendadak, kurang selera makan dan mudah letih, segeralah berjumpa dengan doktor!
Ini adalah kerana, ianya adalah di antara symptom-simptom
kanser darah limfoma Hodgkin (HL). Dan ianya boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja dan sehingga kini banyak kes limfoma tidak diketahui puncanya! Walaubagaimanapun,
Limfoma adalah penyakit yang kurang berlaku tetapi banyak terjadi kepada orang
muda.
Limfoma (Lymphoma) adalah kanser darah yang bermula daripada
sel lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi
bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun
manusia.
Bila limfa bengkak, lymphocytes akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya Limfoma (Lymphoma).
Dan mereka yang berisiko untuk kena kanser limfoma ni adalah
mereka yang berumur 15 hingga 30 tahun.
Pesakit yang telah sah menghidapi limfoma ini perlu
menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, atau kedua-duanya sekali. Dan jika
mereka tidak bertindak balas dengan rawatan tersebut, maka mereka perlu
menjalani proses pemindahan sel stem yang mana ianya adalah lebih baik untuk
merawat melalui tempoh yang lebih lama berbanding rawatan standard.
Ada banyak pecahan mengenai kanser limfoma ini dan untuk tahap 4, kanser ini telah merebak kepada satu atau lebih tisu atau organ.
Peluang untuk sembuh.
Mengikut bacaan kami, bagi mereka yang menghidap limfoma
tahap 1 dan 2 mempunyai peluang untuk sembuh 90% manakala bagi tahap 3 dan 4
adalah 70%.
Apa pun, mari kita semua mendoakan bukan sahaja kepada
elyana malahan kepada semua pesakit kanser agar berlaku keajaiban kepada mereka
dan diizinkan oleh Allah untuk sembuh sepenuhnya. insyaAllah. Amin ya Allah.
Tiada ulasan