Hebat budak-budak sekarang, darjah 6 siap ada “Prom Night” kat hotel 5 bintang!
Hebat budak-budak
sekarang, darjah 6 siap ada “Prom Night” kat hotel 5 bintang! | Agak
memeranjatkan juga kami bila dapat tahu mengenai hal ini. Nampaknya dunia
semakin deras! Jika sebelum ini wujud isu mengenai budak sekolah rendah
dikatakan lebih “menawan” dan “advance” daripada orang dewasa, kini tersebar
pula gambar “Prom Night” budak-budak sekolah rendah!
Ianya sebenarnya tak menjadi isu besar sebabnya ada kolej
dan university yang buat prom night ni, tapi bila tengok budak-budak sekolah
rendah yang buat, rasa macam wow! Advance betul. Benarlah, dunia sememangnya
telah banyak berubah. Tiba-tiba kami teringatkan zaman kami sewaktu lepas ambil
UPSR dulu.
Melihat kepada gambar-gambar perkongsian daripada Instagram ni,
ramai sebenarnya netizen yang membandingkan zaman sewaktu mereka habis UPSR
dulu berbanding anak-anak ini.
Daripada info yang kami perolehi, makan malam ni bukan
biasa-biasa tau, sebaliknya di buat di sebuah hotel bertaraf 5 bintang! Beruntunglah
mereka kan? Kami dulu makan tepi padang bola je. Bawa bekal dari rumah, suruh
mak isikan dalam bekas, dan makan ramai-ramai. Oh, indahnya waktu itu!
Apa yang lebih memeranjatkan kami adalah, ini bukanlah kali
pertama sesebuah sekolah mengadakan makan malam seperti ini. Malah, ianya sudah
di anggap sebagai 1 aktiviti tahunan selepas selesai peperiksaan.
Dan daripada banyak-banyak perkongsian yang kami baca di
media sosial, ada 1 komen yang menarik hati kami. Ianya adalah komen mengenai
perbandingan yang dibuat di antara zaman sekarang dan zaman dahulu.
Apa pun, pada kami, tiada masalah jika di adakan majlis
seperti ini jika hanya sekadar makan-makan. Namun, takut juga jika tidak
dikawal, menjadi perkara yang tidak diingini pula. Apa pun, budak-budak
sekarang lebih bijak dalam semua perkara kan? Sudah pasti pandai membezakan
yang mana baik yang mana buruk.
Cuma kami ada soalan untuk korang:
Zaman korang habis UPSR dulu, apa aktiviti korang ek?
Tiada ulasan