Ini yang dikatakan rezeki terpijak. Beli seekor, dapat sedozen!
Ini yang dikatakan
rezeki terpijak. Beli seekor, dapat sedozen! | Bila bercerita bab rezeki
terpijak ni, memang macam-macam cerita kita boleh dengar. Jalan-jalan,
tiba-tiba jumpa duit selongok tepi jalan, terus kaya! Tengah tak ada duit, tiba-tiba
waktu nak check baki duit dalam ATM, nah, selongok duit dalam bank, terus kaya!
Sama halnya dengan kisah seorang lelaki yang membeli seekor ikan arowana emas
ni.
Ikan arowana memang terkenal dengan kecantikan dan harga
yang sangat mahal lebih-lebih lagi yang berwarna keemasan. Niat seorang lelaki
ini yang membeli seekor ikan arowana emas pada awalnya hanya untuk dibela
dirumah. Ianya hanya dijadikan hobi namun sebaliknya berlaku.
Arowana emas atau nama saintifiknya scleropages formosus
adalah spesis langka yang masih hidup sehingga hari ini. Spesis ini sememangnya
menjadi pilihan ramai orang sebagai haiwan hiasan dirumah dan dipercayai
membawa tuah kepada pemiliknya. Dan ini
yang terjadi kepada lelaki ini.
Sewaktu membawa pulang ikan arowana emas ini ke rumah,
pemiliknya mula merasakan sesuatu perkara yang ganjil kepada ikan nya. Sewaktu melepaskan
ikan ini ke dalam akuarium yang besar, ikan ini hanya berenang dan langsung
tidak membuka mulutnya.
Pemilik ini mula risau berlaku sesuatu yang tidak baik
kepada ikannya kerana kebiasaannya ikan akan membuka mulut untuk bernafas. Dan ini
memaksa beliau untuk memeriksa keadaan ikan arowana emas tersebut.
Ini yang dinamakan
rezeki terpijak!
Sewaktu membuka mulut ikan arowana emas tersebut, pemilik
ikan tersebut menjadi sangat terperanjat kerana terdapat sekumpulan ikan-ikan
kecil yang keluar daripada mulut ikan tersebut! Pada mulanya lelaki tersebut
terperanjat kerana menyangkakan itu adalah sisa makanan ikan arowana tersebut.
Tetapi selepas mendapat info, barulah dia sedar yang
ikan-ikan kecil itu adalah anak ikan arowana emas! Beli seekor dapat sedozen!
Ikan-ikan ini sangat bernilai apabila mereka membesar kelak!
Dan harganya sudah pasti berkali ganda daripada harga ikan yang dibelinya.
Sekarang kami berfikir, apa agaknya perasaan pemilik kedai
yang menjual ikan arowana emas ni. Mesti rasa menyesal yang tak sudah bila
dapat tahu ikan yang dijualnya tu sebenarnya sedang membawa “kekayaan” yang
lebih berganda! Hehehe.
Memang betul-betul rezeki terpijak nih..
BalasPadam