Pentingnya penamaan harta! Ayah mertua rebut harta lepas anak terlibat dengan kemalangan maut.
Pentingnya penamaan
harta! Ayah mertua rebut harta lepas anak terlibat dengan kemalangan maut |
Urusan pampasan insurans kemalangan dia yang uruskan. Permohonan sijil faraid
di mahkamah syariah pun dia yang uruskan itupun sebab syarikat insurans yang
arahkan, kalau nak keluarkan pampasan insurans kena kemukakan sijil faraid
dahulu. Itu yang dia cepat-cepat uruskan. Sekarang ni pampasan insurans dah
dibahagi-bahagikan secara faraid. Besar juga jumlah yang bapa mertua saya
dapat.
Saya faham bapa mertua ada bahagian faraid 1/6 ke atas harta
arwah. Kalau dia tak minta pun saya sendiri akan bagi sebab itu memang hak dia.
Lagipun arwah suami memang tak ada buat apa2 wasiat atau perancangan harta.
Tapi yang saya tak sangka, setiap hari dia akan call saya, bukan nak bertanya
khabar tapi nak tanya apa lagi harta yang arwah ada tinggalkan. Saya bagitahu
suami ada KWSP tapi dah letak penama. Nama saya dan 3 orang anak2. Dia nak
tuntut supaya duit KWSP tu dibahagi secara faraid.
Bapa mertua saya kata, arwah anak dia. Dia yg besarkan arwah
berpuluh tahun. Sedangkan saya hanya isteri yang baru je hidup dengan arwah tak
sampai berapa tahun. Sebab tu dia berhak ke atas harta arwah. Bila dengar bapa
mertua kata macamtu, saya rasa macam ada batu besar sedang menghempap kepala
saya. Saya sedih tak terkata. Sudahlah baru kematian suami. Bapa mertua pula
kata macam tu..
Saya baru kematian suami 4 bulan yang lalu akibat kemalangan
motorsikal. Saya suri rumah dan tidak bekerja. Ada anak lelaki 3 orang. Mujur
suami ada tinggalkan rumah, kereta dan sedikit simpanan. Tapi saya tak tahu
sampai bila boleh duduk rumah tu. Sebab rumah dan kereta arwah suami pun dah
jadi harta pusaka. Bapa mertua nak tuntut KWSP. Masalahnya KWSP hanya keluarkan
bahagian saya sebagai penama. 3 lagi penama atas nama anak2 yg di bawah umur
dan tak boleh dikeluarkan sehingga mereka berumur 18 tahun.
Bapa mertua tau jumlahnya banyak. Dia suruh saya
bahagi-bahagikan kepada adik-beradik arwah suami seorang sedikit katanya untuk
merasa duit arwah walaupun mereka tak ada bahagian faraid. Sedangkan yang banyak
tu dalam akaun untuk bahagian anak-anak yatim. Yang ada di tangan saya berapalah
sangat untuk saya teruskan hidup saya dan menyara keperluan anak-anak. Bapa
mertua dan adik-beradik arwah suami tak pernah tanya sama ada keperluan saya
dan anak2 cukup atau tidak. Sedangkan anak2 arwah adalah tanggungjawab mereka
sekarang.
Sekarang saya sedang usahakan untuk bayar pampasan bahagian
rumah kepada bapa mertua jika tak nak rumah tu dijual. Kalau tak dia pun ada
bahagian 1/6 ke atas rumah tu. Kereta pun dah ada ura-ura dia nak ambil. Tak
apalah.saya pujuk hati bahawa harta dunia boleh dicari lagi. Saya cuba untuk
jaga hubungan kekeluargaan dengan keluarga mertua. Takkan kerana harta kami nak
berpatah arang. Yang penting sekarang saya kena cari kerja untuk membesarkan anak2
dan mulakan hidup yang baru.
Jauh di sudut hati memang ada rasa terkilan. Mungkin kisah
saya boleh dijadikan pengajaran untuk diri saya dan juga orang lain. Betapa
kerana harta manusia boleh berubah sekelip mata. Kerana itu pentingnya kita ada
perancangan harta semasa hidup supaya tak menjadi malapetaka selepas kematian
kita nanti. Semoga masih ada sinar untuk saya di hujung jalan.
Perkongsian asal dari : Aimi Nadirah Rasidi
Tiada ulasan