Tahniah! Pengacara dan pelakon wanita diangkat menjadi pengarah syarikat penerbangan terbang murah terbaik dunia!
Tahniah! Pengacara
dan pelakon wanita diangkat menjadi pengarah syarikat penerbangan
terbang murah terbaik dunia! | Kalau dah dinamakan rezeki, dia datang
memang dalam pelbagai cara. Inilah yang terjadi kepada Neelofa apabila di
lantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non-Executive Independent
Director) AirAsia Bhd. Wah! Dari lakonan kepada pengacaraan, kemudian kepada
bidang perniagaan, kini neelofa melangkah lebih jauh, ke ruang udara bersama
syarikat terbang murah terbaik dunia!
Keputusan untuk melantik Neelofa telah di buat hasil daripada kata sepakat ahli lembaga pengarah.
Mengikut kenyataan daripada CEO AirAsia, neelofa dilantik
kerana memenuhi kesemua kriteria yang dicari syarikat penerbangan tersebut. Dan
menurutnya lagi, pihak syarikat berasa amat gembira dan mengalu-alukan
perlantikannya.
Neelofa dipilih kerana melihat kepada keupayaannya dalam
mencipta jenama dan mampu memberikan pendapat serta pandangan baru yang lebih
segar kepada syarikat penerbangan Airasia. Dan mereka percaya, neelofa mampu
membawa syarikat ini kepada satu tahap yang lebih baik daripada yang terbaik!
Airasia juga menyifatkan neelofa sebagai seorang selebriti yang pintar!
Neelofa merupakan salah seorang usahawan malaysia yang tersenarai
di dalam forbes asia menerusi segmen 30 under 30, serta mencatatkan rekod terbaik
di dalam bidang perniagaan.
Mengulas mengenai jawatan terbaru yang diterimanya, Neelofa
berkata dia amat teruja dengan perlantikan itu dan tidak sabar untuk bersama
AirAsia. Dia juga menganggap ini adalah cabaran terbaik yang hadir di dalam
hidupnya untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang baru.
Terima kasih kepada Airasia kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya!
Neelofa sebelum itu berjaya membina empayar perniagaan
sendiri menerusi jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab. Perniagaan ini berjaya
mencatat jualan sebanyak RM200j pada tahun ini dan telah terjual di 37 negara
termasuk amerika syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan
singapura.
Kami di sini merasakan, mungkin suatu hari nanti, ada edisi
istimewa airasia sempena dengan pelantikan ini. Ianya mungkin jenama Naelofar
Hijab yang dikenakan pramugari Airasia dan juga pekerja lainnya ataupun Edisi
istimewa wajah Neelofa pada pesawat. Mana tahu kan? Hehehe.
Tiada ulasan