Empat warga emas maut! Kebakaran di pusat jagaan warga emas
Empat warga emas
maut! Kebakaran di pusat jagaan warga emas | Selepas isu sekolah tahfiz
yang dibakar atas perbuatan khianat, terkini, sebuah pusat jagaan warga emas, Pusat
Jagaan Novel Care Home Centre terbakar awal pagi tadi dan mengorbankan 4 warga
emas.
KAJANG - Empat warga emas maut dalam satu kebakaran di Pusat
Jagaan Novel Care Home Centre di Sungai Long awal pagi tadi.
Selain lima mangsa itu, seorang penjaga pusat jagaan
tersebut turut maut dan seorang lagi warga emas cedera akibat kejadian
berkenaan.
Kejadian pukul 4.50 pagi itu melibatkan sebuah rumah banglo
dua tingkat yang dijadikan pusat jagaan orang tua.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.06
pagi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan sepasukan
anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi.
“Seramai sembilan orang berada dalam banglo itu di mana lima
daripadanya maut, seorang cedera dan tiga lagi berjaya diselamatkan.
“Mangsa pertama ditemui pada pukul 6.05 pagi manakala mangsa
terakhir ditemui pada pukul 7.07 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar
tadi.
Sementara itu, satu sidang akhbar berhubung kejadian
berkenaan akan diadakan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad
Dzaffir Mohd. Yussof pada pukul 10 pagi nanti. - K! ONLINE
Tiada ulasan