7 lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah
7 lokasi terbaik
untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah | Cuti sekolah tiba lagi dan
pastinya ramai ibubapa yang merancang aktiviti bersama dengan anak-anak. Namun,
yang sering menjadi masalah adalah dimana lokasi yang sesuai untuk anak anak
cuti sekolah ni? Banyak sebenarnya lokasi menarik di malaysia ni cumanya tidak
semua sesuai dengan anak-anak. Hari ini kami ingin kongsikan dengan korang
semua, 7 lokasi terbaik untuk anak-anak
ketika musim cuti sekolah
#1. Lost World Of
Tambun.
Ipoh mali maa. Hehe. Ada apa di ipoh? Banyak sebenarnya
tarikan disini dan bila bercerita mengenai lokasi percutian yang sesuai untuk
anak-anak dah tentulah lokasi tersebut adalah Lost World Of Tambun!
Selain tarikan tema air, dekat sini juga ada banyak aktiviti
menarik yang boleh dilakukan anak-anak korang dan di antara lokasinya adalah di
Movie Animation Park Studio. Lokasi ini merupakan taman tema animasi yang
pertama di asia!
Kebanyakkan taman tema di sini bertemakan animasi popular
seperti Boboiboy, casper dan pelbagai lagi. Confirm best!
#2. Sunway lagoon.
Lokasi taman tema air ni rasanya tak perlu diperkenalkan
lagi. Musim cuti sekolah ni, memang penuh pengunjung yang datang ke sunway
lagoon ni. Tambahan lagi, banyak tarikan terbaru yang ada disana. Jadi tak rugi
korang bawa keluarga dan anak-anak datang kesini!
#3. Legoland.
Jika sampai ke johor, rasa macam tak cukup percutian bersama
anak-anak jika tidak singgah ke legoland. Anak-anak pastinya terpukau dan
terleka dengan keseronokan ketika berada di sini. Bukan setakat di taman tema
sahaja, malah di hotel legoland juga penuh dengan lego.
Jika kita ada angan-angan nak tidur atas wang, anak-anak
mungkin rasa bahagia bila tidur bersama mainan! Yeah!!
#4. Kidzania.
Lokasi ni memang kami galakkan korang bawa anak-anak korang
kerana dekat sini, anak-anak akan didedahkan dengan suasana kerja dalam situasi
yang sebenar. Mereka akan diberikan tugas dan perlu melakukannya sama seperti
dalam situasi pekerjaan yang sebenar.
Menariknya di sini adalah, setiap kerja yang mereka buat tu,
akan dibayar. Maksudnya ada gaji. Duit gaji tu boleh digunakan untuk beli
cenderahati di kedai khas yang ada dekat dalam kidzania. Dan kalau duit gaji tu
tak habis, ianya boleh di simpan dalam bank khas di sana. Lepas ni kalau datang
lagi, boleh keluarkan dan guna. Menarik kan!
#5. Zoo Negara.
Tak cukup rasanya lokasi
terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah jika tidak ke zoo negara.
Terdapat lebih kurang 400 lebih spesis haiwan dekat sini. Dan yang menariknya,
buat mereka yang lahir pada bulan disember, zoo negara tawarkan kemasukan
percuma! Jadi mereka yang lahir bulan disember seronoklah sebab dapat masuk
free kan? hehehe.
#6. Aquaria KLCC.
Ahha! Kat sini, di Aquaria KLCC ada 1 akuarium terbesar
dengan 60,000 kaki persegi yang menempatkan beribu spesis hidupan laut. Ada ikan
jerung, ikan pari, penyu dan pelbagai spesis lain. Yang tak ada Cuma ikan paus
je! Hahaha.
Dan untuk melihat dengan lebih jelas lagi hidupan laut ni,
kita boleh masuk ke dalam terowong underwater tunnel sepanjang 90 meter yang
terdapat di aquaria klcc ni.
#7. Pusat sains
negara.
Dan termasuk dalam senarai lokasi terbaik untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah adalah
pusat sains negara. Di sini terdapat pelbagai pameran berkaitan sains,
dinasour, haiwan air dan macam-macam lagi yang sesuai untuk anak-anak kita. Dan
yang menariknya kali ni adalah, masuk adalah percuma sehingga hujung tahun ini!
jadi, jom ramai-ramai ke pusat sains negara!
Tiada ulasan